Sabtu, 30 April 2011

TV Al-Hijrah Tarik Diri Sebagai Penyiar Rasmi ISF Ke-2

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Stesen TV AlHijrah tidak lagi menjadi penyiar rasmi kepada Islamic Song Festival (ISF) edisi ke-2 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mulai hari ini, Sabtu.

Al-Hijrah Media Corporation dalam satu kenyataan berkata penarikan diri itu dibuat setelah mendapati pihak berkenaan tidak dapat memenuhi obligasi mereka seperti mana persetujuan yang diberikan.

Menurut stesen televisyen itu keadaan ini menjejaskan persiapan acara dan menimbulkan konflik dengan pihak lain.

"Hal ini akan menjejaskan kredibiliti dan imej kami sebuah stesen televisyen," kata AlHijrah Media Corporation di sini.

Berdasarkan persetujuan itu, pembabitan TV AlHijrah di dalam ISF itu hanyalah sebagai penyiar rasmi bagi menyokong perkembangan muzik yang bertemakan Islam.

ISF, yang akan berakhir esok, disertai beberapa kumpulan nasyid termasuk dari Malaysia, Indonesia dan Amerika Syarikat.

1 ulasan:

Zia berkata...

Salam,

Saya bingung kenapa tvalhijrah menarik diri pada saat2 akhir (di hari rancangan berkenaan) dan menjejaskan keseluruhan rancangan Islamic Song Festival ini. Kenapa perkara ini tidak dibawa di bincang dikemudian hari?