Khamis, 21 April 2011

Tricubes lancar khidmat akaun myemail.my

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR– Tricubes Berhad, pemaju penyelesaian internet perkhidmatan kerajaan RM50 juta yang diumumkan semalam tetapi berhadapan dengan kritikan pelbagai pihak, melancarkan perkhidmatan “Citizen Inbox” – myemail.my hari ini.

Semalam, kerajaan berkata perkhidmatan itu diadakan atas prinsip sukarela di mana rakyat tidak diwajibkan dan tiada wang awam akan digunakan untuk membiayai projek tersebut.

Tricubes menggunakan platform Windows Live bagi perkhidmatan e-mel, yang akan menawarkan ruang peti mel 25GB.

Malah perkhidmatan itun juga membolehkan pengguna mewujudkan dokumen produk-produk Microsoft Office products.

Firma itu berkata perkhidmatan e-mel tersebut akan membolehkan rakyat Malaysia secara langsung berkomunikasi dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dan menerima maklum balas secara langsung daripada mereka.

Maklumat diperoleh menerusi laman webnya berkata, pendaftaran ujian peringkat ‘beta’ akan bermula akhir bulan ini.

“myemail adalah perkhidmatan penghantaran mesej e-mel yang terbuka kepada kesemua rakyat Malaysia. Jika anda seorang rakyat Malaysia, maka anda layak mendapatkan akaun myemail,” katanya.

Bagaimanapun maklumat diperoleh menunjukkan, Tricubes berada dalam keadaan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran di Bursa Malaysia ekoran masalah dalam pematuhan peraturan kewangan.

Domain laman web perkhidmatan akaun e-mel telah didaftarkan oleh Tricubes pada 10 Mac lalu untuk lesen selama tempoh satu tahun.

Setakat 5 petang tadi, hashtag #1malaysiaemail dan Tricubes masih muncul sebagai 10 topik Malaysia paling utama di ruang Twitter, di mana ramai mempertikaikan langkah memperkenalkan kemudahan itu.

Projek e-mel 1 Malaysia bukan produk perkhidmatan e-mel percuma yang pertama di negara ini.

WauMail secara rasmi telah dilancarkan pada 12 Julai 1999 dan diperoleh dalam empat bahasa Bahasa Malaysia, Inggeria, Mandarin dan Tamil.

WauMail, projek kerjasama Technology Park Malaysia dan Intelliweb Sdn Bhdm telah digodam pada 2001 ketika ia mempunyai 600,000 pengguna.

Kemudian pada 2002 ia bertukar menjadi perkhidmatan e-mel berbayar pada 2002 dan sudah tidak lagi wujud sebagai perkhidmatan e-mel.

Tiada ulasan: