Ahad, 10 April 2011

TIADA PERUNTUKAN BUKAN ALASAN MPS



Oleh: CHANG SHAK HUNG

KEJADIAN hujan yang berterusan sehingga ke hari ini, telah memberi satu impak bencana yang boleh mendatangkan kemusnahan dan kecacatan pada bentuk tanah akibat daripada air hujan yang kadang-kala lebat dan hakisan tanah serta runtuhan batu-batan akan berlaku, terutamanya di lereng-lereng bukit.

Salah satu runtuhan akibat daripada fenomena alam semula jadi adalah di Jalan Datuk Tay, Batu 8, Sandakan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian jalan tersebut merupakan kelolaan Jabatan Kerja Raya; manakala jalan di sebelah dalam merupakan kelolaan Majlis Perbandaran Sandakan.

Pada hari Jumaat, kira-kira pukul 11 pagi, bertempat di tempat kejadian, saya telah meninjau ke kawasan terbabit bersama-sama dengan Jurutera Kanan, Juruperunding Pertama, Dickson Wong serta wakil kontraktor yang dilantik untuk kerja-kerja pembaikan dan pembersihan di kawasan runtuhan, Li King Syn.

Melalui pertemuan ini, kontraktor tersebut akan menjalankan kerja-kerja pembaikan dan pembersihan di kawasan runtuhan dalam masa terdekat memandangkan tanah runtuhan telahpun menyekat saluran parit yang telah dibina oleh pihak Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) setahun yang lalu.

Di samping itu juga, pihak kontraktor juga akan membersihkan tanah yang telah menyekat sebahagian jalan tersebut di samping membuka satu saliran bagi membolehkan air mengalir dan tidak bertakung.

Bagaimanapun saya meminta pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar menjalankan kerja-kerja menghalang kesan runtuhan dalam kadar yang segera bagi mengelakkan runtuhan yang lebih teruk sehingga membahayakan pengguna jalan tersebut memandangkan runtuhan tersebut boleh menjadi lebih serius sekiranya benteng batu (gabion) atau mana-mana cara yang lebih sesuai tidak dibuat bagi menghalang runtuhan daripada jatuh ke atas jalan.

MPS haruslah menjalankan kerja-kerja pemantauan yang berterusan memandangkan runtuhan tersebut semakin serius dan memerlukan tindakan drastik daripada pihak yang berwajib seperti menjalankan ujian terhadap tahap tanah (soil test) dalam kadar yang segera.

Sehubungan itu, MPS haruslah mencari jalan untuk mendapatkan peruntukan kecemasan (emergency funding) daripada pihak yang berwajib dan tidak menggunakan alasan ketiadaan peruntukan untuk mengatasi masalah tersebut.

Diharap pihak kerajaan negeri mahupun persekutuan dapat menyalurkan peruntukan yang mendesak ini daripada hanya memberi janji bahawa peruntukan kecemasan ini akan disalurkan padahal ia mengambil masa yang lama untuk tiba dan menyebabkan kesengsaraan pihak pembayar cukai tanah; memandangkan runtuhan tersebut telah berlaku berdekatan dengan syarikat perkapalan Coastal Contracts Bhd serta pengguna jalan ke sebuah lagi kilang perkapalan yang lain.

15 ulasan:

songkilou berkata...

Semoga ada cara yang dapat dilakukan untuk mengelak keadaan bertambah teruk.

songkilou berkata...

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Tanpa Nama berkata...

pihak terbabit kena melakukan sesuatu bagi mengelakkan keadaan tanah runtuh berlaku.

zam berkata...

harap masalah ini akan dapat diatasi dengan segera.

zam berkata...

semoga pihak-pihak yang berkaitan akan dapat melakukan apa yang sewajarnya.

Smookiekins berkata...

Jangan bagi banyak alasan. Harap2 ni isu ni dapat diselsaikan sebaik mungkin.

Jason berkata...

Mps shouldn't give too much excuses.

Jason berkata...

Whatever it is, i hope this problem is being fixed.

Unknown berkata...

Ini sudah pasti. MPS perlu mencari jalan bagi menghalang masalah ini timbul.

Bujang Senang berkata...

Dengan masalah ini akan menyebabkan ancaman kepada pengguna. Kita tidak boleh biarkan perkara ini berlaku. Sebaiknya MPS mencari jalan dan cara untuk menangani hal ini.

Mohd Ishak berkata...

MP-MP sepatutnya mencari apa juga cara untuk menyelesaikan masalah dan bukan membiarkan masalah tersebut disebabkan tiada peruntukan.

Mohd Ishak berkata...

Harap MP-MP akan memberikan lebih banyak usaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan sendiri kerana inilah tanggungjawab mereka.

Tanpa Nama berkata...

jangan tunggu sehingga berlaku kejadian yang tidak diingini baru mahu bertindak, atau menunggu keadaan bertambah kritikal. semakin lama masalah ini berlarutan semakin banyak dana yang diperlukan untuk memperbaiki keadaan.

Tanpa Nama berkata...

pihak-pihak yang berkenaan dan kerajaan perlu bekerjasama bagi menghalang runtuhan ini berlaku secara berterusan.

Tanpa Nama berkata...

'hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.'pihak MPS perlu sedaya upaya mencari jalan untuk mengatasi masalah kejadian tanah runtuh ini.