Sabtu, 16 April 2011

Tak rasmi: Taib kekal di Balingian, Baru Bian menang di Ba’Kelalan

THE MALAYSIAN INSIDER

KUCHING – Keputusan tidak rasmi menunjukkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengekalkan kerusi Balingian dalam pilihan raya negeri yang diadakan hari ini.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, yang disebut-sebut sebagai bakal calon Ketua Menteri jika Pakatan Rakyat menang, menguasai kerusi di Ba’Kelalan.

Barisan Nasional (BN) juga dilaporkan mengekalkan kerusi Saribas dan Satok.

Di Balingian, Taib dicabar sepupunya Salleh Jafaruddin dan Suriati Abdullah.

Dalam pada itu, DAP dijangka akan menang di 13 daripada 15 kerusi yang ditandinginya.

“Setakat ini, DAP nampaknya akan menang di 10 kerusi. Tiga akan dikuasai. Dua nampaknya akan kalah,” kata Zairil Khir.

Tiada ulasan: