Selasa, 5 April 2011

Suriati PKR tak gentar lawan Taib di Balingian

THE MALAYSIAN INSIDER

SIBU – Pemilik kedai runcit Suriati Abdullah, 50, yang kecil molek mungkin bukan seorang yang dikenali ramai tetapi mempunyai misi dan cita-cita besar.

Sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, beliau tidak gentar menghadapi nama gah dunia politik Sarawak.

“Saya akan akan menumbangkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional negeri.

“Saya mempunyai isu-isu besar (yang mahu diketengahkan) dan orang ramai menyokong saya,” dakwanya ketika ditemui pemberita selepas menerima surat perakuan sebagai calon PKR pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 daripada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Dipetik Bernama Online, Suriati berkata, keluarganya membantah pencalonannya sebagai calon tetapi suaminya menyokong keputusannya untuk bertanding pilihan raya.

Beliau mendakwa sokongan kepada PKR di peringkat akar umbi terutamanya di kalangan masyarakat Melanau, Cina dan Iban sangat memberangsangkan.

Suriati, yang merupakan lepasan sekolah menengah, berkata beliau akan menjadikan isu-isu mengenai tanah, geran hak milik tanah dan ketiadaan infrastruktur serta kemudahan awam yang baik dalam kempennya.

Tiada ulasan: