Selasa, 12 April 2011

Stephen Abok Gagal Gugur Pertuduhan Dalam Skandal PKFZ

TVS NEWS

SHAH ALAM : Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Stephen Abok gagal untuk menggugurkan 26 pertuduhan alternatif terhadapnya berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) selepas Mahkamah Sesyen di sini menolak permohonan tersebut.

Hakim Asmadi Hussain membuat keputusan itu pada Selasa, dan menetapkan Khamis ini sebagai perbicaraan kes.

Selain Stephen, turut didakwa berkaitan skandal PKFZ ialah bekas Pengurus Projek KDSB, Law Jenn Dong dan arkitek dari BTA Architect, Bernard Tan Seng Swee.

Tiada ulasan: