Jumaat, 1 April 2011

P'raya Sarawak: 'Gelombang' PAS bermula hari ini

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Gelombang pertama gerak kerja petugas PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak bermula hari ini sehingga 8 April, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Gelombang kedua pula, katanya akan bermula 8 hingga 16 April, iaitu hari membuang undi.

Jentera dari Semenanjung sebahagiannya telah berada di sana untuk memulakan gerak kerja.

Manakala jentera yang akan bertugas untuk gelombang kdua dinasihatkan menempah tiket penerbangan awal bagi mengelakkan sebarang masalah.

"Kita hanya ada dua gelombang untuk pilihan raya Sarawak dan kedua-dua gelombang sudah diisi dengan petugas," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

PAS bertanding lima kerusi iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

SPR menetapkan 6 April adalah hari penamaan calon sementara hari mengundi pada 16 April ini.

Tiada ulasan: