Selasa, 5 April 2011

PKR tanding di 49 kerusi, tak dapat elak Snap

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

KUCHING— Pertembungan antara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dilihat tidak dapat dielakkan dengan pengumuman PKR akan bertanding di 49 kerusi pada pilihan raya negeri kali ini.

Keputusan PKR mahu bertanding di 49 kerusi diumumkan pada majlis pengumuman calon dan penyerahan watikah bagi zon Sarawak tengah dan utara diadakan di sebuah hotel di Sibu hari ini.Bagaimanapun nama bagi dua lagi kerusi iaitu Jemoreng dan Semop.

Kelmarin, Snap berkata ia akan bertanding di 27 kerusi.

Empat kerusi lagi yang akan ditandingi PKR masih di peringkat rundingan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu bersama PAS dan DAP akan memberi saingan sengit kepada Barisan Nasional (BN) pada kali ini.

Di peringkat Sarawak, Snap merupakan rakan Pakatan Rakyat.

PAS dan DAP masing-masing bertanding di lima dan 15 kerusi.

“Kita akan bersungguh-sungguh berkempen dan memberikan penerangan kepada penduduk Sarawak untuk memberikan dokongan kepada Pakatan Rakyat.

“Pilihan raya Sarawak kali ini merupakan sejarah kerana buat pertama kali BN diberi tentangan sengit,” kata Anwar.

Ketua PKR negeri Baru Bian disahkan akan bertanding lagi di kerusi Ba’Kelalan.

Ba’Kelalan merupakan satu-satunya kerusi yang Barisan Nasional masih belum mengumumkan calonnya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata PKR akan bertanding di 49 kerusi.

PKR menggugurkan Dominique Ng yang menang di Padungan, kerusi yang ditukarkan dengan kerusi Batu Lintang antara PKR dan DAP.

Azmin dipetik berkata tidak akan akan bertanding di dua kawasan daripada 27 kawasan yang akan ditandingi oleh Snap iaitu Pakan dan Marudi.

Tiada ulasan: