Jumaat, 15 April 2011

Najib ugut pengundi kononnya Sarawak akan mundur PR perintah

OLeh Idham Lim

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hari ini bahawa Sarawak tidak akan mencapai pembangunan yang terancang sekiranya PR mentadbir negeri itu selepas pilihan raya negeri ke-10 Sabtu ini.

Dakwaanya kalau kerajaan Pusat diketuai oleh BN, kerajaan negeri (Sarawak) juga kena ditadbir BN. Najib juga berkata Perdana Menteri dan Ketua Menteri juga daripada BN yang didakwanya transformasi Sarawak pasti akan berlaku kerana itu katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Program Khidmat Masyarakat 1Malaysia di Satok, semalam.

Saya melihat ini merupakan janji berupa ugutan dengan memperbodohkan pengundi serawak dengan maksud sekiranya Sarawak diperintah oleh PR tidak ada pembangunan yang lancar kerana pusat masih dikuasai oleh BN.

Ucapan itu bermaksud Najib mengugut kalau rakyat menyokong PR dan jadi kerajaan ianya tidak akan dibantu.

Kalau begitu saya ingin bertanya kepada Najib apakah Sarawak sudah berpisah dari Malaysia sekiranya rakyat memilih PR. Bukankah ini pilihanraya memilih Kerajaan baru bukannya pilihanraya untuk berpisah dengan Malaysia.

Saya mengecam ucapan berbentuk ugutan tersebut dan membuktikan bahawa Najib dan BN sudah kehabisan modal kempen untuk memenangkan calon BN.

Tidak cukup dari itu Najib yang juga Pengerusi BN turut membidas janji Pakatan Rakyat yang menamakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba'Kelalan, Baru Bian yang juga Pengerusi Keadilan Sarawak sebagai Ketua Menteri yang baru sekiranya Pakatan Rakyat menang pada pilihan raya negeri.

Lucunya Najib mendakwa keputusan meletakkan seseorang yang tidak mempunyai pengalaman untuk mentadbir sebuah kerajaan negeri bakal memberi kesan buruk kepada rakyat Sarawak. Sedangkan semua sudah tahu siapapun tidak ada pengalaman di Sarawak menjadi Ketua menteri melainkan Taib Mahmud.

"Kalau letak Baru Bian, dari mana nak dapatkan sumbangan nak majukan Sarawak. Orang yang tak ada pengalaman tiba-tiba nak nak letak sebagai Ketua Menteri, logik atau tidak? Tak logik." kata Najib.

Jelas Najib dab BN sudah terdesak dalam suasana akhir kempen yang melihat rakyat mahu berubah dan menafikan majoriti 2/3 BN di DUN Sarawak.

Drs. Khalil Idham Lim.
ADUN Titi Serong.

Tiada ulasan: