Sabtu, 16 April 2011

Laporan Langsung PRN Sarawak Ke-10

TVS NEWS

KUCHING : Di Bukit Assek, kerusi majoriti pengundi Cina di sini, peratusan keluar mengundi adalah 49 peratus di semua 12 pusat mengundi sehingga pukul 1 tengah hari, demikian menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya Hii Chang Kee.

Di kawasan berhampiran, kerusi Pelawan yang merupakan kerusi majoriti Cina, peratus keluar mengundi dilaporkan sebanyak 40.34 peratus manakala kerusi Bawang Assan, sejumlah 48 peratus setakat pukul 1 tengah hari.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng berkata sembilan pusat mengundi di kawasan separuh luar bandar telah ditutup pada pukul 1 dan pengiraan undi
sudah dimulakan.

Bagi kerusi sub-bandar Dudong, peratusan keluar mengundi adalah 53.04 peratus setakat pukul 1 tengah hari.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Morshidi Frederick berkata 14 pusat mengundi akan ditutup pada pukul 3 petang manakala yang lain akan ditutup secara berperingkat dengan yang terakhir ditutup pada pukul 5 petang.

Bagi kerusi Nangka, 37.68 peratus pengundi dilaporkan telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat pukul 1 tengah hari.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya kerusi Nangka, Mohd Said Atoi berkata terdapat sembilan pusat mengundi kebanyakannya pengundi Melayu/Melanau.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis tidak menerima sebarang laporan mengenai insiden yang menjejaskan proses pengundian.

Proses di semua saluran mengundi berjalan lancar, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini.

Beliau berkata anggota polis yang bertugas di seluruh negeri ini dapat menjalankan tugas dengan baik secara profesional, tegas dan adil

Tiada ulasan: