Ahad, 10 April 2011

Kitab Injil : Saya Yang Selesaikan Kata Taib

TVS NEWS


MUKAH : Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mendakwa dirinya bertanggungjawab menyelesaikan kemelut kitab Injil berbahasa Melayu yang mencetuskan kemarahan rakyat Kristian di negara ini.

Bercakap kepada kira-kira 1,000 penganut Kristian yang berketurunan Melanau di Mukah, Taib berkata beliau yang memberitahu Perdana Menteri bahawa arahan untuk mengecop nombor rasmi pada Kitab Injil adalah perbuatan “bodoh.”

Tindakan mengecop nombor siri itu dilakukan oleh kakitangan Kementerian Dalam Negeri yang dipimpin oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, sepupu Perdana Menteri Najib Razak.

"Saya yang bercakap kepada Perdana Menteri. Saya bagi tahu dia, adalah idea yang bodoh bagi mengecap nombor siri.

"Saya bagi tahunya supaya hentikannya dan dia kata 'baik, saya setuju dan akan menghentikannya'. Jadi dia hentikan cap nombor siri itu.

"Jadi sekarang, tidak ada lagi benda-benda mengarut ini,” kata Taib.

Tegasnya, kitab Injil bahasa Melayu dan toleransi agama telah lama menjadi 'tradisi Sarawak”.

"Ini tradisi Sarawak. Kita sudah amalkan lama dulu. Mengapa buat sesuatu yang buat rakyat marah?” soalnya.

Bagaimanapun Taib tidak menjawab kenapa KDN menahan 30,000 Kitab Injil berbahasa Melayu di Pelabuhan Kuching sejak Januari dan hanya bersetuju melepaskannya menjelang pilihanraya negeri Sarawak.

Gereja-gereja di Sarawak juga belum memberi persetujuan kepada formula 10 perkara yang ditawarkan oleh Putrajaya berhubung penggunaan Kitab Injil berbahasa Melayu di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak kerana tidak yakin BN akan mengotakan janjinya.

Sebelum ini, kerajaan berkata 'Al-Kitab' tidak dibenarkan masuk ke negara ini kerana mempunyai beberapa perkataan yang hanya 'eksklusif' untuk orang Islam.

Tiada ulasan: