Ahad, 10 April 2011

Johari : Umno Remehkan Suruhanjaya DiRaja Demi Agenda Politik Diri

TVS NEWS


SHAH ALAM : Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan kerajaan cuba melarikan diri dari isu sebenar berhubung pendedahan dan penyebaran video seks oleh "Datuk T" bulan lalu apabila usaha mereka menjatuhkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, semakin gagal.

Justeru Umno kini cuba memanjangkan jangka video fitnah itu dengan mendesak penubuhan Suruhanjaya DiRaja jika siasatan polis tidak merumus apa yang dihajati oleh parti itu, kata Johari.

“ Nampaknya saya rasa apa yang berlaku sekarang ini kerajaan tahu bahawa yang terlibat dalam penyebaran video fitnah ini ialah Umno, kerajaan juga sedar bahawa mereka telah salah langkah, kerajaan cuba terus-menerus memutar-belitkan fakta dan melarikan diri dari hakikat sebenarnya bahawa kesalahan-kesalahan jenayah telah dilakukan,"kata Johari.

Johari satu-satunya ahli parlimen dari Pakatan Rakyat yang dipanggil untuk dipertontonkan video lucah yang didakwa pelakunya adalah Anwar oleh "Datuk T".

Namun Johari setelah melihat video berkenaan menolak orang dalam rakaman fitnah itu adalah Anwar kerana susuk tubuh dan perut pelaku jauh berbeza dengan Ketua Pembangkang itu.

Malah Johari turut membidas sikap tidak efisyen polis yang sepatutnya mengutamakan laporan yang dibuat oleh Anwar bahawa dirinya telah difitnah berbanding menubuhkan sebuah suruhanjaya siasat.

"Isunya sekarang ini adalah menyiasat apa juga dakwaan yang dibuat Anwar adalah penting. Sebab itu kita kata undang-undang yang ada itu adalah untuk menahan dan menyiasat ketiga-tiga orang-orang ini.

"Jelas mereka menyimpan bahan-bahan lucah, menayangkan bahan-bahan lucah, dan menggugut. Adakah ketiga-tiga perkara ini yang jelas undang-undangnya kita nak ketepikan kemudian kita sibuk untuk tubuhkan suruhanjaya yang akan mengambil masa berbulan-bulan," selar Johari lagi.

Jelas beliau, hakikat ialah beliau bukanlah menentang suruhanjaya siasatan ditubuhkan dalam kes ini tetapi penubuhannya mestilah dibuat setelah segala bentuk undang-undang digunakan untuk mengambil tindakan wajar terhadap trio Datuk T.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata kerajaan akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja bersabit isu video lucah itu jika “rakyat’ tidak puas hati dengan hasil siasatan polis.

Namun ironinya, dalam kes yang lebih penting, Nazri membayangkan kerajaan hanya berhajat untuk menubuhkan inkues dalam kes kematian kali kedua orang awam melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menimbulkan kebimbangan ramai.

Tiada ulasan: