Selasa, 5 April 2011

ISA: Kadir mangsa kezaliman BN

Ahmad Danial

ALOR GAJAH: PAS Melaka megutuk tindakan kerajaan menahan Kadir Hashim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata penahanan itu adalah tidak wajar kerana ISA digunakan untuk menahan mana-mana rakyat Malaysia tanpa sebarang bukti kukuh dan tidak didakwa di mana-mana mahkamah.

Katanya, penahahan Kadir tidak wajar apatah lagi beliau adalah Orang Kurang Upaya (OKU).

“PAS Melaka berasa simpati kepada beliau dan keluarga beliau, ISA adalah lambang kezaliman BN.

"Saudara Kadir Hashim adalah mangsa ISA yang zalim" tegasnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Adly berkata, rakyat Malaysia wajar memberikan kutukan kepada kerajaan diatas tindakan zalim tersebut.

"Bebaskan Kadir Hashim, atau BN terima padahnya menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti,” tambahnya.

Tiada ulasan: