Selasa, 5 April 2011

ISA: BN warisi undang-undang penjajah

FREE MALAYSIA TODAY

"Persoalanya adakah BN tidak boleh dikritik atau tidak boleh dijatuhkan?"



PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kerajaan membebaskan ahli PKR, Kadir Hashim yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sambil mendakwa Barisan Nasional (BN) mewarisi undang-undang penjajah tersebut.

Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrim berkata, jika Kadir terlibat sebarang aktiviti ‘jenayah’ maka hadapkan beliau di muka pengadilan bukan gunakan undang – undang ISA.

Menurutnya, ISA digunakan oleh penjajah untuk menfitnah pejuang melawan penjajah dengan perbagai tuduhan subversif dan kemudian diwarisi BN sebagai alat menfitnah lawan politik mereka.

Kadir, 42, yang cacat sebelah tangan sejak berusia 12 tahun, sebelum ini menjalankan perniagaan tomyam di rumahnya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Beliau ditahan mengikut Seksyen 73 (1) ISA, Jumaat lalu.

“Regim (BN) tidak mempunyai alasan untuk menahan Kadir selain dari beliau yang ‘popular’ di kalangan masyarakat sekitarnya sering ‘bercakap lepas’ mengkritik pedas BN termasuk betapa pentingnya menjatuhkan regim.

“Kadir sering ‘bercakap lepas’ di kalangan anak muda membetulkan fakta sejarah yang diselewengkan.

Adakah kerana ini dia ditahan ?

“Persoalanya adakah BN tidak boleh dikritik atau tidak boleh dijatuhkan?” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kadir seorang anggota aktif PKR di Lembah Pantai dan punya pengaruh tersendiri di kawasan kediamannya, beliau pernah terlibat dalam perbagai aktiviti SAMM Badrul Hisham berkata, dalam negara demokrasi ini, adalah menjadi usaha ‘halal’ untuk menjatuhkan mana – mana parti pemerintah dari tampuk penguasaan.

‘Jika menjatuhkan parti pemerintah salah maka apa yang BN lakukan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kedah itu salah,” tambahnya.

Kadir adalah cucu seorang pejuang kemerdekaan dari Rejimen ke 10, Abdullah CD.


Tiada ulasan: