Ahad, 17 April 2011

FILIPINA DISARAN TUBUH KONSUL DI SABAH


Oleh : BERNAMA

MALAYSIA mengulangi saranan agar Filipina membuka pejabat Konsul Jeneral di Kota Kinabalu, Sabah untuk menyediakan perkhidmatan konsular kepada rakyat negara itu di negeri itu.

Perkara itu dibangkitkan semasa Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) ketujuh di Manila, Filipina yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert F. Del Rosario.

Kedua-dua kerajaan bersetuju pada JCM Malaysia-Filipina kedua dalam tahun 1995 mengenai pembukaan Konsul Jeneral Filipina di Kota Kinabalu dan Konsul Jeneral Malaysia di Bandaraya Davao, menurut kenyataan Wisma Putra di sini.

Konsul Jeneral Malaysia di Bandaraya Davao dibuka pada 7 Disember 1995.

Wisma Putra berkata mesyuarat di Manila itu mewujudkan satu momentum yang baik untuk kemajuan dan produktif kerjasama dua hala di mana kedua-dua menteri bertukar-tukar pandangan ke arah mengukuhkan lagi kerjasamanya dalam pelbagai bidang.

"Antara bidangnya ialah politik dan keselamatan, perdagangan dan pelaburan, pertanian, pelancongan, pendidikan, kesihatan, penerangan, komunikasi dan kebudayaan, perkhidmatan udara dan perkara-perkara konsular," katanya.

Dalam hubungan ini, kedua-dua pihak bersetuju mempercepatkan beberapa perjanjian dua hala dan memorandum persefahaman yang tertangguh untuk dimuktamadkan.

"Bagi membina kemajuan dalam hubungan dua hala perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, menteri-menteri berkenaan bersetuju bahawa kedua-dua pihak akan merangka amalan dan sasaran yang dicapai untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam dua bidang itu.

"Ini adalah tambahan untuk langkah amalan yang akan diambil untuk mengukuhkan kerjasama sektoral dan kedua-dua menteri berseutju untuk mengerakkan dan menyelaraskan JCM dan mekanismenya," kata beliau.

Wisma Putra juga berkata Manila menghargai pelbagai bentuk bantuan teknikal yang disediakan Malaysia kepada Filipina, yang mengiktiraf sumbangan penting dalam proses kedamaian antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). Malaysia dijadual menjadi host JCM pada 2013.

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kerajaan Filipina sepatutnya tidak melengah-lengahkan lagi penubuhan konsul Jeneral di Kota Kinabalu memandangkan kedua-dua buah negara sudah membuat persetujuan dalam JCM ke-2 pada tahun 1995.

mandau berkata...

Filipina seharusnya menubuhkan konsultan di Sabah, ramai rakyatnya yang tinggal di Sabah dan tiada pengurusan, konsultan ini perlu untuk menguruskan rakyat2 filipina.

mandau berkata...

dsamping itu, ia juga dpt mewujudkan kerjasama antara Malaysia dan Filipina.

samm berkata...

ya, kerajaan Filipina permu mwnubuhkan konsul di Sabah bagi menguruskan isu yang melibatkan warga mereka di negara ini.

samm berkata...

penubuhan konsul penting bagi menguruskan warga filipina yang ada di Sabah dan menguruskan pekara-pekara lain seperti masalah PATI.

Mohd Ishak berkata...

Ini konsul sudah lama patut buat. Apa lagi yang kerajaan Filipin sedang tunggu?

Mohd Ishak berkata...

Harap kerajaan mereka akan bekerjasama dengan kerajaan kita.

Smookiekins berkata...

ya. perlu tubuhkan untuk kepentingan rakyat filipin sndri.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan Malaysia sudah banyak kali membantu Filipina, tapi kerajaan Filipina pula terlalu sukar berkerjasama dengan Malaysia. banyak masalah2 terutama di sabah yang memerlukan penyelesaian secara diplomatik antara kedua2 negara. saya harap kerajaan Filipina dapat mempertimbangkan saranan ini untuk kebaikan kedua2 negara.

Sanih Alias berkata...

harap Filipina akan memberikan keputusan untuk menubuhkan konsul di Sabah. Ini adalah perkara baik untuk membantu rakyat mereka di Sabah.

Bujang Senang berkata...

Untuk membantu rakyat Filipina di Sabah maka konsul ini dapat membantu. Harap Kerajaan Filipina tidak memikir panjang cadangan ini. Apa berlaku kepada rakyat Flipina di Sabah..Siapa yang membantu mereka??Jadi dengan adanya Konsul ini akan dapat membantu mereka ini.

Hamdan Hadillah berkata...

Mungkin Filipina sedang membincangkan hal ini. Kita tunggu saja perundingan antara dua pihak ini.

Smookiekins berkata...

Harap2 isu ini ada cara penyelesaian.

Tanpa Nama berkata...

Sabah dipenuhi oleh Warga asing dari Indonesia dan filipina, Indonesia telah lama tubuhkan konsultan di Sabah, tapi kerajaan Filipina belum lagi menubuhkannya. kenapa tak tubuhkan, mereka seharusnya prihatin dgn nasib rakyat mereka di Sabah.

Jason berkata...

Why isn't the Philippine government setting up the consul in Sabah?? I think its a good idea and could help solve the illegal immigrant issue in sabah.

Gopuk berkata...

Semua kesan positif dan negatif harus dilihat agar tidak akan memberi tekanan dan memburukkan lagi keadaan jika consulate itu di wujudkan di Sabah.

Gopuk berkata...

Jika ini adalah untuk kebaikkan rakyat Sabah saya menyokong penuh usaha ini.

Tanpa Nama berkata...

memang wajar konsul Filipina ditubuhkan di Sabah.sudah terlalu ramai penduduk mereka yang tinggal di Sabah sehingga membebankan kerajaan disebabkan banyak masalah yang timbul.

dave berkata...

Kerajan Pelipin enggan buat konsul mereka disini kerana mereka masih menuntut & menganggap sabah sebagai sebahagian dari negara mereka....Jika mereka dirikan konsul, maka tuntutan mereka ke atas Sabah secara automatiknya terbatal, kerana dengan menghantar konsul ke sini sama jg maksudnya mengiktiraf kedaulatan Malaysia ke atas Sabah...

ini la menjadi salah satu sebab kenapa isu PTI masih menjadi masalah yg susah untuk diselesaikan...

chimchim berkata...

I think the Philippines consulate should do something about it.

Hamdan Hadillah berkata...

Fikirkan demi kebaikan rakyat sendiri yang berada diperantauan. Tujuan untuk membantu rakyat yang berada di Negara jiran yang menghadapi masalah dan memerlukan pertolongan.

Tanpa Nama berkata...

Diharap kerajaan Filipina menubuhkan konsulnya di Sabah demi untuk kepentingan kedua-dua buah negara.

mike berkata...

persoalannya adakah kerajaan filipina akan berpegang kepada janji mereka untuk membuka sebuah konsul jeneral di sabah? kerana jika ianya berlaku bermakna filipina melepaskan tuntutan mereka ke atas sabah.

mike berkata...

kerajaan filipina harus memberikan jaminan bahawa sebuah konsul jeneral filipina akan dibuka di sabah secepat mungkin untuk kebaikan kedua-dua pihak.

mike berkata...

diharapkan kerajaan filipina akan segera membuka konsul jeneral mereka di sabah.

mike berkata...

dengan adanya penubuhan konsul jeneral tersebut, hubungan kedua-dua negara dalam pelbagai sektor dapat dipertingkatkan sekali gus memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.

Paquin berkata...

Idea yang baik dan tidak sepatutnya dilengah-lengahkan lagi.

Paquin berkata...

Ramai rakyat Filipina di Sabah dan konsultan Filipina patut ditubuhkan secepat mungkin bagi membantu menguruskan warga Filipina yang ada di sini.

Paquin berkata...

Siapa tahu, penubuhan konsultan Filipina di sabah dapat menanggani isu pati yang semakin menghantui rakyat Sabah. hehe

Elisha Emanuela Jones berkata...

Hal ini dilihat mampu membawa perubahan yang positif. Jadi kenapa pula Filipina lengahkan masa.

Elisha Emanuela Jones berkata...

Walau bagaimanapun, sebelum konsul Filipina ditubuhkan di Sabah, pastikan Sabah melengkapkan diri agar dapat berdepan dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku kelak.

onong berkata...

Ini merupakan cara terbauk untuk menyelesaikan masalah yang wujud.

Nemia berkata...

There is nothing wrong to set up a consulate here.

wake berkata...

It needs time and space.

kb girl berkata...

Tindakan Kerajaan Filipin menubuhkan konsul di Sabah amat perlu memandangkan beratus ribu rakyat Filipin yang tinggal di Sabah dan kebayakan tidak mempunyai dokumen sah.

Unknown berkata...

Sudah begitu lama tidak tahulah kenapa Filipin masih tidak lagi menubuhkan konsulnya di Sabah.

Unknown berkata...

Suudah sekain lama konsul Indonesia ditubuh di Sabah dan banyak berjasa berkhidmat untuk rakyat Indonesia di Sabah. Konsul Filipin?? Bayang pun belum ada lagi.