Ahad, 10 April 2011

ESPLANADE SIPITANG ATAU EXPLOITASI WANG?


Oleh : CHESTER PANG

KEADAAN projek di Esplanade Sipitang begitu menghayat hati apabila keadaan papan jeti telah rosak walaupun baru sahaja disiapkan kira-kira tiga bulan yang lalu.

Ketua Pemuda SAPP, Nazib Maidan telah ke lokasi untuk meninjau sendiri keadaan jeti Esplanade berkenaan selepas menerima banyak aduan daripada pengunjung serta peniaga-peniaga gerai yang berdekatan.

Hasil tinjauan tersebut mendapati bukan sahaja papan jeti yang telah rosak malah, sebahagian daripada tiang jeti telah mula condong. Tahap keselamatan para pengunjung terutamanya kanak-kanak juga dipersoalkan kerana pagar jeti menghala ke laut hanya dipagar dengan seutas dawai.

Najib Maidan berkata, memandangkan projek berkenaan baru disiapkan maka ianya masih berada dalam jaminan pemaju. Justeru itu, pihak Kerajaan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dengan kadar yang segera sebelum ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku.

Nazib turut mempersoalkan rekaan Esplanade yang tidak mesra pengguna dan peniaga. Sekiranya hujan atau cuaca panas, pengunjung tidak mendapat perlindungan dan para peniaga terpaksa menggunakan khemah mudah alih sebagai kaedah sementara sebagai pelindung kepada pengunjung.

Keadaan lantai antara gerai dan laluan Esplanade juga tidak dikonkrit sepenuhnya menyebabkan persekitaran yang tidak selesa kerana meja makan pelanggan diletakkan di atas tanah berkenaan.

Seorang peniaga Sate yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka menyewa lot gerai tersebut dengan kadar RM400 sebulan dan telah memulakan perniagaan sejak 2 bulan yang lalu.

Beliau terpaksa membeli khemah tambahan kerana pelanggan yang berkunjung tidak mempunya atap berteduh sekiranya hujan atau cuaca panas. Malang sekali sejak akhir-akhir ini angin kencang sering bertiup sehingga khemah sementara rosak dan patah.

Projek Esplanade Sipitang telah dibina dengan peruntukan RM10 Juta dan kerja pembinaan telah dimulakan dalam tahun 2008. Minggu lepas Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Hj. Aman telah mengadakan lawat mengejut ke Esplanade tetapi sehingga hari ini belum ada sebarang khabar berita.

Sehubungan itu, Pemuda SAPP menggesa agar pihak berwajib seperti Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Sipitang supaya sentiasa memantau segala projek yang sedang berjalan agar kejadian seumpama ini tidak berulang kerana Esplanade ini seolah eksploitasi peruntukan yang berunsurkan rasuah!.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

esplanade Sipitang sangat cantik dan amat sesuai untuk kita beriadah. tapi jika ia dah rosak, ia akan menjejaskan esplanade tersebut. bahagian yang rosak tersebut perlu diperbaiki.

zam berkata...

kawasan ini merupakan tempat yang cantik dan tenang.

zam berkata...

harap papan jeti yang telah rosak akan dapat diperbaiki bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Smookiekins berkata...

Pada pendapat saya, baik tempat ni dibaik pulih untuk tarikan pelancongan.

Jason berkata...

Esplanade Sipitang looks like a nice place to "makan angin" . Make sure the place is well maintained.

Jason berkata...

Fix what is needed to be fix.

Bujang Senang berkata...

Maka pihak yang melaksanakan kerja haruslah melakukan kerja dengan baik. Jangan hanya mengambil kesempatan demi keuntungan semata-mata.

Hamdan Hadillah berkata...

kawasan ini memang tempat yang menarik. Pandangan terus berdepan dengan laut. Maka lebih baik tempat ini dibaik pulih. Kemudahan bergerai juga perlulah lengkap untuk memberikan keselesaan kepada pengguna.

Unknown berkata...

Rasanya baru saja dibina tempat ini. Tidakkan menjadi teruk seperti ini.

Mohd Ishak berkata...

Majlis Daerah Sipitang perlu memastikan bahawa infrastruktur tersebut itu selamat digunakan.

Mohd Ishak berkata...

Harap pihak berkuasa akan mengambil tindakan untuk membaiki kerosakan yang ada.

Tanpa Nama berkata...

tempat yang sering dikunjungi dan menjadi tumpuan awam seperti esplanade Sipitang perlu diperbaiki secepat mungkin kerana ia boleh menjejaskan nama tempat ini terutama jika ia dikunjungi oleh pengunjung luar

Tanpa Nama berkata...

usia papan jeti baru 3 bulan tapi seolah2 fizikalnya seakan2 sudah melebihi setahun. saya harap pemaju akan tampil memperbaiki semula kerosakan ini yang disebabkan oleh kecuaian mereka sendiri.

mike berkata...

difahamkan projek ini bernilai rm10juta tapi hasilnya tidka setaraf dengan peruntukkan diberi..harus disiasat sama ada berlaku penyelewengan.

mike berkata...

apa2 pun, pihak berwajob harus menjalankan siasatan.

mantra berkata...

amat rugi jika baru dibina telah rosak, kawasan ini amat indah dan tenang. harap esplanade ini akan diperbaiki.

Tanpa Nama berkata...

kerjasama pihak berkuasa dan penduduk dalam menjaga esplanade Sipitang adalah amat penting agar kawasan ini sentiasa terjaga.