Selasa, 19 April 2011

DAP minta MCA pimpin melalui teladan

MALAYSIA KINI


Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng membidas sikap hiprokasi presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meminta SUPP supaya tidak menerima sebarang jawatan kabinet Sarawak berikutan kegagalan parti itu mendapat sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya lalu.

NONEMenurut Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang, kedua-dua MCA dan Gerakan hilang sokongan daripada masyarakat Cina pada pilihan raya umum lalu tetapi terus menerima jawatan persekutuan dan exco kerajaan negeri.

“Apakah Chua tidak mengamalkan dwi-standard apabila beliau tidak minta Koh Tsu Koon, selepas Tsu Koon kalah teruk pada pilihan raya 2008 tidak gunakan pintu belakang dengan dilantik sebagai senator dan menteri kabinet?

“Kenapa ketika itu Chua tidak membantah MCA menyertai kabinet dan menerima jawatan menteri selepas MCA kalah teruk pada pilihan raya umum 2008,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

chua soi lek supp ceramah 120411Akhbar milik MCA, The Star, hari ini melaporkan presidennya menasihatkan parti sekutu BN - SUPP supaya menolak sebarang jawatan dalam kerajaan negeri Sarawak.

“Jika ia mengambil bahagian dalam kabinet, saya berpendapat masyarakat Cina di Sarawak akan berfikiran bahawa ia (SUPP) hanya berada untuk merebut kerusi dan bukan berkhidmat kepada masyarakat itu,” katanya dipetik akhbar berkenaan.

Chua berkata meskipun SUPP harus kekal bersama BN, penerimaan jawatan kabinet akan hanya mendedahkan parti itu dengan serangan lebih hebat daripada pembangkang.

“Oleh demikian, lebih baik bagi SUPP supaya tidak sertai,” Chua dipetik oleh The Star.

Tiada ulasan: