Ahad, 3 April 2011

DAP kemukakan tiga muka baru di Kuching, Sibu

BERNAMA


DAP akan menampilkan tiga muka baru untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan, Batu Kawah dan Simanggang.

Parti itu mengekalkan dua penyandang iaitu Chong Chien Jien dan Violet Yong Wui Wui masing-masing di Kota Sentosa dan Pending, kata Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng pada sidang akhbar di Kuching hari ini.

azlanTiga muka baru itu ialah Wong King Wei yang akan bertanding di Padungan, Christina Chiew Wang See (Batu Kawah) dan Leon Jimat Donald (Simanggang).

Lim berkata Wong, 31, seorang peguam pernah berkhidmat sebagai pembantu khas kepada Chong, manakala Chiew, 27, ialah pembantu khas Yong.

Leon Jimat pula pengerusi DAP cawangan Sri Aman dan anak bekas anggota Parlimen Sri Aman Jimmy Donald.

Mereka adalah antara 15 calon DAP yang akan bertanding pada pilihan raya negeri 16 April ini.

Lim dijangka mengumumkan baki 10 calon lagi di Sibu esok.


Tiada ulasan: