Ahad, 10 April 2011

Cadangan RCI siasat video seks tersasar

BERNAMA

Majlis Peguam Malaysia hari ini mempersoalkan desakan pelbagai pihak bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat klip video seks mengenai seorang lelaki dikatakan menyerupai Pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkan desakan sedemikian sudah "tersasar".

NONEPresiden Badan Peguam Malaysia Lim Chee Wee (dua dari kanan) berkata ini kerana di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, sesebuah RCI ditubuhkan untuk menyiasat perkara kepentingan awam, umumnya melibatkan atau mengiatkan institusi awam yang mempunyai kuasa terhadap beberapa aspek kehidupan atau kebajikan warga negara.

Beliau berkata RCI telah dibentuk di masa lalu untuk menyiasat tingkah laku dan fungsi institusi awam seperti polis dan kehakiman berhubung isu seperti ketuk ketampi dan klip video VK Lingam.

"Melihat pada latar belakang ini, tidak menghairankan minat yang ditunjukkan dengan tiba-tiba bagi pembentukan RCI dalam hal berkenaan (video seks) menimbulkan rasa skeptikal yang serius dan kemarahan di kalangan ramai rakyat Malaysia yang peka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

NONESeterusnya, beliau berkata pembentukan RCI itu akan mencetuskan lebih banyak persoalan di benak orang ramai, daripada menghasilkan jawapan.

Dengan demikian, kata Lim, majlis peguam meminta kerajaan membetulkan susunan keutamaan, demi menyalurkan tenaga, sumber dan azam politik mengikut cara yang benar-benar memanfaat rakyat.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Kabinet telah memutuskan untuk menunggu hasil siasatan polis terhadap klip video itu sebelum mempertimbang penubuhan RCI.

Beliau berkata siasatan itu tidak hanya untuk menentukan ketulenan video tetapi juga mengenalpasti watak di dalamnya, dan menambah bahawa kerajaan akan mempertimbang pembentukan RCI jika timbul pertikaian terhadap hasil siasatan.


Tiada ulasan: