Selasa, 12 April 2011

Alkitab: Tidak perlu dibangkit lagi, kata Najib

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER


Sebahagian daripada hadirin pada konsert 1 Malaysia yang diadakan sempena kempen BN di Kuching, malam tadi. — Foto oleh Choo Choy May


SRI AMAN— Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata isu 35,100 naskhah kitab Injil versi Bahasa Malaysia yang disita di Pelabuhan Klang dan Kuching sebenarnya telah diselesaikan secara baik dan tidak perlu dibangkitkan.

“Saya minta Datuk Seri Idris Jala (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) supaya berunding dan setiap perkara mendapat restu saya. Tak patut jadi isu.

“Kita beri perhatian kepada penganut Kristian di Sarawak. Keputusannya boleh dipakai secara berterusan. Kita dah dapat (buat) keputusan yang baik,” kata beliau dipetik Bernama Online, semalam.

Mengenai lawatannya yang kerap ke Sarawak sewaktu pilihan raya negeri ini, Najib berkata selain kerana kehadirannya diperlukan, negeri ini begitu luas dan memerlukan beliau selalu datang.

“Dulu, setiap pilihan raya kecil saya datang. Itu satu kawasan aje,” kata Pengerusi BN ini.

Kata beliau, Sarawak mempunyai 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebab itu beliau memperuntukkan masa untuk datang ke negeri ini.

Tiada ulasan: