Ahad, 24 April 2011

Adakan UMNO akan buat roadshow kutip 'wang haram' warga emas?

PASPB

Umno Pulau Pinang terkedu dan kehabisan peluru untuk memperkecil-kecilkan Program warga emas (PPWE) anjuran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi tahun 201, apabila ribuan menyerbu bank untuk menerimanya.

Tahun lepas gegak gempita mereka berusaha mempengaruhi penerima bahawa wang ehsan itu hasil wang judi yang diperolehi kerajaan Pulau Pinang.

Mungkin Umno sedang berfikir untuk mengatakan wang berkenaan tidak sahlaku atau palsu pula tahun ini.

Hari ini, ribuan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berdaftar melalui PPWE menyerbu bank-bank berkenaan untuk menerima wang itu se awal pagi.

Cawangan bank-bank terpilih telah memberi kerjasama mulai pagi (Sabtu) dan juga esok untuk menyerahkan wang RM100 dan RM1,000 (khairat kematian) kepada waris warga emas yang berdaftar.

Usaha Umno tahun lepas tidak terkesan nampaknya. Tahun lepas, Umno dengan fitnah wang berkenaan dari sumber hasil wang judi berjaya memujuk beberapa kerat warga emas memulangkan wang itu.

Sehingga ini Umno Pulau Pinang juga gagal menyerahkan senarai nama warga emas yang mau menolak pemberian itu. Mengamati tinjauan hari ini, beberapa penyokong Umno juga kelihatan tidak ketinggalan mengambil wang berkenaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata pembayaran akan dibuat mulai 23 April hingga 20 Mei 2011 (secara berperingkat-peringkat) di cawangan-cawangan bank terpilih seluruh negeri Pulau Pinang.

Pendaftaran kini telah mencapai 86 peratus warga emas di Pulau Pinang ataupun 114,668 orang.

Beliau yang melawat bank-bank berkenaan hari ini, berkata sejak dilancarkan, sebanyak RM13.6 juta telah dibayar kepada warga emas dan waris, hasil daripada sumber lebihan pendapatan Kerajaan Negeri.

Bukan wang seratus ringgit yang menjadi nilaian warga emas itu, tetapi penghargaan kerajaan negeri menjadi ukuran keikhlasannya, kata beliau.

Tiada ulasan: