Jumaat, 8 April 2011

Ada Video Seks Isteri Pemimpin Tertinggi?

TVS NEWS



SHAH ALAM : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menggesa rakyat menolak politik selak kain selepas badan itu mendedahkan dakwaan wujudnya sebuah video aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.

Tanpa memberikan butiran lanjut, Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin meminta rakyat menolak apa yang dipanggilnya sebagai “politik lucah”.

“Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara. Namun SAMM mengajak (rakyat memastikan) semua politik selak kain ini dihentikan segera. Jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja,” kata beliau.

“Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli - ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan,” kata beliau yang juga dikenali sebagai Chegu Bard.

Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani dari Parti Keadilan Rakyat bersetuju dengan CheguBard dengan menegaskan “tidak ada keperluan mengulas benda-benda yang mengaibkan orang.”

Dalam blognya, Chegu Bard berkata pada pilihanraya tahun 2008, beliau sendiri diberi rakaman video yang kononnya melibatkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menjadi pesaingnya untuk kerusi parlimen Rembau.

“Sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar. Sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar,” kata beliau.

Mengenai fitnah video lucah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Chegu Bard menegaskan Umno mendalangi video lucah.

Beliau “dijemput” untuk menyaksikan video itu pada 21 Mac lalu di Hotel Shangri La oleh pihak Datuk T yang merangkumi Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Selepas menyaksikannya dua kali, Chegu Bard yakin individu dalam rakaman itu bukan Anwar.

Chegu Bard berkata mustahil regim pemerintah tidak mengetahui mengenai video lucah itu kerana :

• Video itu dipertonton secara terbuka tetapi sehingga kini polis tak bertindak

• PDRM mendakwa penganjur ditahan, diambil kenyataan dan dibebaskan dengan jaminan polis tetapi Eskay mengatakan yang dia pergi sendiri ke Bukit Aman dan tidak langsung tandatangan apa - apa dokumen.

“Samada Eskay menipu atau Ketua Polis Negara menipu atau semua ini hanya sandiwara.” kata Chegu Bard. .

Chegu Bard berkata kenderaan yang dinaiki beliau untuk ke Hotel Shangri La bagi menonton video itu “dilindungi’ pihak berkuasa.

Beliau juga mendedahkan bahawa bilik tempat beliau menonton video di Shangri La, dibayar atas nama
seorang yang berkepentingan tinggi dalam “syarikat besar dan penting di negara ini.”

Chegu Bard berkata politik fitnah kini semakin menular di Malaysia dengan ada pihak sanggup menghantar buku lucah terus ke rumah orang.

Buku berkenaan dimuatkan dengan gambar - gambar bogel dan orang mengadakan hubungan seks cuma bahagian kepalanya diganti dengan gambar musuh politik mereka.

“Bayangkan di kawasan bandar tempat komik ini di edar ibu dan bapa bekerja, anak balik sekolah melihat buku lucah yang diposkan ke rumah,” kata beliau.

SAMM mendesak agar pemain - pemain utama politik Malaysia kembali kepada landasan politik baru dan mendidik rakyat, kata beliau.

“Perdebatan harus dilandaskan dari segi polisi, dasar dan idea. Negara kini berada ditahap membimbangkan dari terjunnya ke bawah nilai daya saing, rasuah yang makin meningkat dan kos hidup yang main menjerut rakyat....atas semua ini rakyat memerlukan ahli politik yang lebih matang,” tegasnya.

Tiada ulasan: