Sabtu, 26 Mac 2011

Video seks: ‘Datuk T’ Shuib juga disoal polis

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Datuk Shuib Lazim, salah seorang daripada tiga “Datuk T” yang terlibat dalam rakaman video seks memberikan keterangan kepada polis hari ini.

Keterangannya sedang diambil oleh polis Bukit Aman.

Dua rakannya disoal siasat polis Bukit Aman semalam. Shuib juga merupakan Bendahari Perkasa.

Laporan awal Bernama menyebut, siasatan polis terhadap rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang mendapat petunjuk awal apabila bilik sebuah hotel di ibu negara yang dikatakan menjadi lokasi rakaman video itu diperiksa.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Ghazali Md Amin berkata siasatan di tempat kejadian itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh maklumat.

“Dua individu telah ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis... kita turut memperoleh beberapa bahan bukti daripada mereka.

“Salah seorang daripada individu yang terbabit telah mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku,” katanya.

Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, disoal siasat selama lima jam.

Mereka turut menyerahkan video aksi seks seorang lelaki dengan seorang wanita serta seutas jam tangan Omega.

Tiada ulasan: