Jumaat, 18 Mac 2011

Tsunami Di Jepun Jejas Sektor Pelancongan Malaysia

TVS NEWS

KUALA LUMPUR : Kedatangan pelancong Jepun ke Malaysia tahun ini dijangka mengalami kemerosotan sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Daripada kedatangan pelancong sebanyak 415,881 pada tahun 2010, ia dijangka merosot kepada 291,116 dengan anggaran kerugian kepada negara sebanyak RM340 juta.

Perkara ini dinyatakan Menteri Pelancongan, Datuk Sri Dr Ng Yen Yen dalam sidang media di lobi Palimen semalam.

Menurut Dr Ng, MAS bersetuju bahawa tiket penerbangan untuk sebarang perjalanan ke Jepun melalui Tokyo yang telah dikeluarkan sebelum 11 Mac dibenar membuat pembatalan sehingga 15 April tanpa sebarang penalti.

Air Asia X pula memaklumkan, sesiapa yang telah membeli tiket penerbangan ke Jepun hingga 11 April dibenar menunda tarikh penerbangan.

Singapore Airlines pula mengecualikan sebarang pembayaran bagi permohonan sama ada untuk pemulangan ataupun penundaan tarikh penerbangan.

Sementara bagi syarikat penerbanan JAL, tiket penerbangan antarabangsa yang telah disahkan dari 11 Mac hingga 10 April bagi penerbangan keluar melalui Narita, Sendai,Hanamaki, Aomori,Misawa, Yamagata, Akita, Niigata dan Matsumoto tidak boleh digunakan dan wang akan dikembalikan tanpa sebarang penalti.

Jepun kini menghadapi krisis berikutan gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter 11 Mac lalu yang mengakibatkan tsunami setinggi 12 Meter di wilayah Miyagi dan Iwata dan kebakaran 4 loji reaktor di Fukushima.

Sehingga semalam angka rasmi kematian meningkat kepada 5,198 dengan hampir 9 ribu masih hilang dan gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Tiada ulasan: