Rabu, 16 Mac 2011

Teknologi EM Atasi Masalah Pencemaran Di Ladang Khinzir

Ditulis oleh shuaib ayob



Masalah pencemaran bau dan air dari ladang khinzir di Ladang Kanchung Laut, Banting, Selangor kini dapat diatasi dengan menggunakan teknologi Effective Microorganisma (EM).

Teknologi EM ini diaplikasikan melalui air minuman, makanan dan semburan alam sekitar.

Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari menjelaskan, pengunaan teknologi ini tidak memerlukan modal yang besar, seperti yang pernah dilakukan kerajaan negeri terdahulu.

Yaakob memerincikan, gabungan mikroorganisma dalam larutan EM, memberi tindakbalas yang baik dan berperanan dalam mengawal unsur pencemaran.

Tambahnya lagi, teknologi EM mengandungi bakteria baik, yang mana dapat menguraikan bau busuk dan penghasilan enzim serta hormon semula jadi dalam persekitaran ladang.

“Berbanding pada Modern Pitfarm yang menelan belanja sebanyak RM200 juta tetapi untuk membuat EM bukan sahaja untuk ternakan khinzir akan tetapi ayam,lembu dan lain-lain hanya menelan belanja RM 500 ribu sahaja,” kata Yaakob.

Yaakob menambah, Kerajaan Negeri juga sedang mencari inisiatif-inisiatif yang lain bagi menggantikan cara-cara yang sedia ada.

"Kerajaan Negeri juga sedang mencari teknologi-teknologi lain, hari ini kita gunakan EM, teknologi yang dah 20 tahun dan kebaikkan EM keluaran daripada Kerajaan Negeri, jabatan veterinar mempunyai makmal sendiri yang memastikan kualitinya terkawal," ujarnya lagi.

Yaakob berkata demikian ketika mengadakan lawatan di ladang khinzir di sekitar Kanchung Laut, Banting Selangor.

Turut sama dalam lawatan itu adalah Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Veterinar negeri Selangor.

Mengikut Bancian Ternakan 2009, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, terdapat 128 ladang babi yang masih aktif di Selangor yang kebanyakkannya terdapat di Kuala Langat.

Sebelum ini pengurusan rawatan sisa ladang, penternak masih mengamalkan sistem kolam pengolahan yang didapati menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk sekitar dari segi pencemaran bau dan air.

Tiada ulasan: