Khamis, 17 Mac 2011

Tabung Haji diminta buka cawangan di Keningau

KENINGAU KINI

KENINGAU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Sairin Hj. Karno mahu supaya sebuah cawangan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH), dikembangkan di Keningau.

Katanya, rasional pengembangan cawangan itu amat penting bagi memberi kemudahan kepada umat Islam di kawasan pedalaman untuk urusan penabungan.

Pedalaman melibatkan Daerah Keningau, Tambunan, Tenom, Kemabong, Sook dan Pensiangan.

Sairin yang merupakan Ketua Umno Keningau berkata, dengan penubuhan cawangan itu di Keningau sebagai pusat, umat Islam tidak perlu ke Kota Kinabalu untuk sebarang urusan berkaitan penabungan atau urusan-urusan yang lain, khususnya mereka yang dalam proses menunaikan Ibadah Haji.

"Kita minta ini sejak sekian lamanya, dan masa yang amat tepat untuk mengembangkan cawangan itu di sini dalam tempoh segera," katanya, ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa Surau An-Nur Kg. Lingkudau Laut di sini.

Ketika perjumpaan itu, Sairin mahu umat Islam di kampung itu supaya meletakkan perpaduan sebagai agenda utama, dan menasihati mereka supaya sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Barisan Nasional.

Di surau itu beliau diberi taklimat mengenai aktiviti jawatankuasa, melibatkan kelas Fardu Ain yang dijalankan secara bergilir oleh tenaga pengajar di surau itu.

Beliau memuji kepimpinan surau itu yang begitu aktif menjalankan aktiviti, dalam usaha meningkatkan syiar Islam di kalangan penduduk di situ.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hal ini boleh dipertimbangkan kerana pembukaan tabung haji di Keningau boleh memudahkan penduduk setemapt untuk menabung untuk menunaikan haji.

Tanpa Nama berkata...

cadangan ini wajar untuk dipertimbangkan kerana ia dapat memudahkan penduduk di kawasan pedalaman untuk menjalankan urusan dengan Tabung Haji.

mike berkata...

cadangan ini wajar dipertimbangkan oleh Tabung Haji..ianya adalah untuk memudahkan rakyat muslim di pedalaman sabah untuk melakukan urusan..

mike berkata...

pasti dengan adanya cawangan Tabung haji di keningau akan menyenangkan semua pihak khasnya rakyat.

Hamdan Hadillah berkata...

Satu cadangan yang baik. Apa pun kita lihat apa yang akan dilakukan oleh pihak tabung haji.

Unknown berkata...

Saya menyokong cadangan ini. Jimat sikit perbelanjaan pengurusan nanti. Tak payah buang minyak pergi ke KK.

Unknown berkata...

Harap ia akan dilaksanakan.

Unknown berkata...

I think its a good idea to open a branch in Keningau. That way it be convenient for the people in Keningau.

Mohd Ishak berkata...

Bagus juga ada cawangan Tabung Haji di Keningau.

Mohd Ishak berkata...

Ini boleh memudahkan penduduk di sana.

Paquin berkata...

Bagus jugalah cadangan ni. At least kalau cawangan dibuka senang juga penduduk berurusan.

Paquin berkata...

Semoga perkara ini kaan mendapat perhatian sewajarnya.

Tanpa Nama berkata...

apa sahaja cadangan yang bertujuan untuk memudahkan orang ramai perlu dipertimbangkan.