Ahad, 20 Mac 2011

SPRM sedang usaha kesan dua saksi untuk bantu siasatan dan hadiri perbicaraan

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua saksi lelaki bagi tujuan membantu siasatan dan bagi menghadirkan diri ke Mahkamah Jalan Duta, di sini.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya secang mencari Rosadi Mustapha atau dikenali sebagai Sidi Lintah beralamat terakhir di No 54 Jalan 14, Taman Harmoni, Bandar Teknologi, Kajang Selangor.

Sidi Lintah, 39, dikehendaki bagi membantu siasatan dan perbicaraan di mahkamah Jalan Duta pada 22 Mac ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi itu diminta menghubungi Penolong Penguasa M Suganathan di talian 03-88867000 atau 017-5229914.

Sementara itu saksi kedua yang sedang dicari ialah seorang ahli perniagaan Yee Gan Seng, 58, beralamat terakhir di No 2 Lorong 2, Jalan Bunga Raya, Kluang, Johor.

Yee dikehendaki bagi membantu satu kes perbicaraan SPRM pada 1 April ini. Orang ramai mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Penguasa Azrul Azim dengan menelefon 019-2622738.

Tiada ulasan: