Isnin, 21 Mac 2011

Parti Liberal Demokratik Mohon Keadilan

BERNAMA

SANDAKAN: Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk V.K Liew memohon keadilan dan munasabah daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dalam perkara mengekalkan Datuk Peter Pang En Yin sebagai menteri kabinet negeri dan kekosongan jawatan timbalan ketua menteri.

Dalam hubungan ini, beliau mengiktiraf kuasa mutlak ketua menteri dalam pelantikan menteri kabinet negeri.

Bagaimanapun, katanya dalam melaksanakan kuasa budibicara beliau, ia adalah satu perkara ia dilaksanakan secara kehakiman dengan mengambil pertimbangan kepentingan semua parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai kekosongan jawatan timbalan ketua menteri selepas melancarkan Pesta Jalanan Sandakan di sini hari ini.

Anggota Dewan Undangan (ADUN) Karamunting Pang yang kini tidak mewakili mana-mana parti sejak meninggalkan LDP pada September tahun lepas berikutan timbalan presiden LDP Chin Su Phin menyatakan bahawa kepimpinan parti tidak lagi mampu bekerja dengan Musa memohon menyertai Gerakan bersama-sama lebih 100 penyokong di Sandakan minggu lepas.

Liew, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan memberi contoh ikutan dalam kes Senator Datuk T. Murugiah yang disingkirkan oleh Parti Progresif Penduduk (PPP) pada 2009 tetap masih kekal dalam kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ini mempamerkan kuasa mutlak Perdana Menteri. Senator Datuk Murugiah kekal dalam pentadbiran Datuk Seri Najib walaupun selepas beliau disingkirkan daripadaPPP pada 2009 sehingga beliau menyertai MIC setahun kemudian.

"Pada 2010, PM terus mengekalkan beliau sebagai Timbalan Menteri di JPM tetapi PPP "diberikan saguhati" dengan seorang senator, seorang Timbalan Menteri Datuk Maglin Dennis D'Cruz dilantik sebagai senator dan juga Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan," kata beliau.

Katanya beliau tidak meminta lebih daripada itu hanya "keadilan dan juga munasabah dalam perkara tersebut".

Beliau berkata LDP telah menyumbang empat kerusi kepada BN pada pilihan raya umum lepas dengan memenangi semua kawasan yang ditandingi di Tanjung Kapor (Kudat), Merotai (Tawau), Karamunting (Sandakan) dan Parlimen Sandakan."

"Dalam hubungan ini, kita telah menyumbang 100 peratus pada kemenangan B Npada pilihan raya umum 2008.

"Ia juga tidak dinafikan bahawa LDP telah menyumbang dengan positif terhadap pembangunan politik di Sabah. Kita tidak pernah mengabaikan perjuangan kita dengan BN," katanya.

Mengenai kerusi negeri Karamunting, Liew berkata ia tidak perlu diulas kerana sejak kawasan pilihan raya itu diwujudkan pada 1999, Karamunting diperuntukkan kepada LDP untuk bertanding.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Musa Aman pasti akan berlaku adil.

madd berkata...

saya yakin Ketua Menteri Sabah akan mampu menguruskan pekara ini dengan adil dan bijaksana.

Tiada Nama berkata...

I think the Sabah's CM will do his best on this issue.

Sanih Alias berkata...

Kita tunggu saja nanti siapa yang akan mengisi kekosongan tersebut. LDP tidak perlulah risau dengan semua ini. Pasti keadilan diberikan oleh KM.

songkilou berkata...

Semuanya mempunyai perancangan yang tersendiri. Biarkan Datuk Musa dengan perancangannya. Saya pasti pilihan beliau adalah untuk kebaikkan bersama.

Unknown berkata...

Let the CM handle this matter. He knows what he is doing.

Unknown berkata...

LDP has nothing to worried about. I'm sure there be fairness and justice in the appointment of state cabinet.

songkilou berkata...

Kadang2 kita tidak berpuashati dengan keputusan yang telah dibuat oleh orang lain tetapi, kadang2 keputusan itulah yang terbaik untuk semua.

Tanpa Nama berkata...

masalah ini juga sebenarnya berpunca dari LDP. kalau bukan disebabkan pendirian LDP, Pang tidak akan keluar parti dan menyertai Gerakan hari ini. selepas LDP melakukan tindakan yang memburukan imej BN, kini meraka lakukan lagi dengan memohon keadilan..

Tanpa Nama berkata...

sedarkah LDP bahawa tindakan mereka ini membawa gambaran buruk kepada rakyat dan pembangkang terhadap kepimpinan BN Sabah. adakah ini sumbangan LDP kepada BN? masalah dalaman parti patut diselesaikan melalui perbincangan tertutup.

Tanpa Nama berkata...

Maybe LDP wanted a chance to become the next DCM.

Tiada Nama berkata...

Maybe better Pang in Gerakan.