Selasa, 8 Februari 2011

Umno Sabah Masuk jerat PKR!

Oleh Musli Oli

Sepanjang minggu, berita politik yang menarik ialah peristiwa “lompat parti” Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Sabah, Pajudin Nordin. Keluar dari PKR dan menyatakan hasrat menyertai UMNO.

Apa yang menjadi tanda soal bukan perbuatan melompat atau tukar parti tetapi tempat pengumuman tersebut dibuat iaitu di Sri Gaya, kediaman rasmi KM Sabah. Ada juga yang bertanya kenapa KM Sabah turut bersama dalam pengumuman itu?

Tindakan KM Sabah sebagai Pengerusi UMNO dan BN negeri telah mengundang kemusykilan rakyat. Rakyat skeptical dengan ketelusan kedua-dua pihak, Pajudin dan Musa Aman. Sebenarnya BN mengundang spekulasi dengan mengadakan pengumuman di Sri Gaya.

UMNO Sabah sebenarnya melakukan kesilapan besar dan saya anggap telah termasuk perangkap PKR! Pajudin adalah “ikan bilis” yang dijadikan umpan PKR. Perlantikannya sebagai PPN belum rasmi hanya diperingkat cadangan.

Peristiwa berlaku ekoran dua kumpulan yang melobi jawatan PPN. Kumpulan penyokong Ansari Abdullah dan kumpulan yang mahu mengekalkan Thamrin Hj Zaini sebagai PPN. Ketika kedua-dua pihak yang bertelegah bertemu dengan Saifudin Nasution, disebut nama Pajudin Nordin, Naib Ketua Cabang Tuaran.

Kononnya Pajudin adalah “compromise candidate” untuk meredakan penyokong Ansari Abdullah dan penyokong Thamrin Hj Zaini. Nama Pajudin ini kemudainnya di bawa Saifudin Nasution ke KL untuk disahkan.

Keesokan hari, Pajudin Nordin buat PC mengumum perlantikannya sebagai PPN, walhal yang sepatutnya membuat pengumuman ialah Presiden PKR! Selepas itu berlaku bantahan daripada 18 ketua cabang yang tidak mahu Pajudin menjadi PPN. Pajudin tahu jawatannya tidak boleh bertahan lama dan bertindak segera mengadakan pertemuan dengan pemimpin UMNO.

Pemimpin tertinggi PKR tersenyum dengan tindakan UMNO di Sabah. Di Sabah, rakyat tidak heran dengan perbuatan lompat melompat. Kerajaan BN yang memerintah Sabah sekarang ini pun asalnya adalah “kerajaan lompat”.

Tak perlulah flashback peristiwa yang berlaku selepas pilihan raya 1994 itu kerana rakyat masih ingat peristiwa sama berlaku di Perak dua tahun lalu.

Ada dua perkara yang paling banyak berlaku Di Malaysia sejak 2008. Pertama, paling banyak berlakunya pilihan raya kecil, sebanyak 15 kali. Dua PRK kerana wakil rakyat berundur (Penanti dan Bukit Selambau) yang lain kerana kematian. Perkara kedua ialah tindakan “keluar parti”.

Di Semenanjung, kebanyakan yang keluar parti ialah wakil rakyat PKR. Di Perak dua wakil rakyat daripada DAP. Tetapi kebanyakannya tidak menyertai parti kerajaan tetapi menjadi anggota BEBAS. Hanya di Sabah sahaja pemimpin PKR yang keluar umum sertai UMNO.

Di Sabah juga, pemimpin politik bertukar parti parti seperti menukar seluar dalam. Sejak 2008, pemimpin utama bertukar parti termasuk Datuk Raymond Tan, Datuk Peter Pang, Tan Sri Liew Yun Fah. Raymond adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah ketika keluar dari SAPP dan menyertai parti Gerakan.

Peter Pang adalah Timbalan KM Sabah keluar dari LDP dan sertai parti Gerakan dan di kekalkan jawatan dalam kabinet Sabah. Di Sabah, tukar parti tidak menjejaskan kedudukan dalam kerajaan.

Manakala antara pemimpin kanan BN yang meninggalkan parti termasuk Datuk Kalakau Untol (UPKO ke PKR) dan Datuk Karim Ghani (UMNO ke PKR).

http://muslioli.blogspot.com

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tidak perlulah mencari alasan. lebih baik jika PKR berusaha menyelesaikan masalah mereka daripada asyik mencari kelemahan pihak lain.

Tanpa Nama berkata...

masalah dalaman PKR Sabah telah lama berlaku dan masih gagal diselesaikan. sebelum Pajudin pun, terdapat pemimpin lain yang telah keluar parti termasuklah Dr Jeffrey Kitingan.

tombolo berkata...

PKR yg kini terang2 dalam masalah, kini nak menafikan dan mengatakan UMNO masuk jerat mereka pula. PKR harus sedar kelemahan mereka dan perbaikinya.

elia berkata...

Banyak spekulasi yang ditimbulkan berkaitan dengan tindakan yang dilakukan oleh Pajuddin. Namun apa pun itu beliau mempunyai alasan sendiri mengapa meninggalkan PKR dan teruskan usaha dengan BN.

elia berkata...

Dan ini pula kata2 yang Pajudin keluarkan:

“I am disappointed with (PKR supremo Datuk Seri) Anwar Ibrahim and (party president Datin Seri Dr) Wan Azizah Wan Ismail.

“Their actions make Sabah PKR leaders look stupid. They say they respect the state but they have not done anything to resolve the problems faced by the party here.

Jason berkata...

Daripada PKR cari gaduh, baik PKR menyelesaikan segala masalah dalaman mereka sebelum PRU13 diadakan.

Tanpa Nama berkata...

ya.. lebih baik PKR tumpukan pada masalah mereka tu.

mike berkata...

tidak perlu dipusingkan hal ini kerana yang pasti tuan punya badan sudah membuat keputusan.

mike berkata...

PKR sudah hilang taring di sabah..sejak JK meninggalkan parti, ramai yang mengikut jejak beliau..

mike berkata...

mungkin PKR akan menjadi sejarah di sabah..kemungkinan juga PRU 13 merupakan landasan terakhir bagi PKR sabah dalam politik sabah.

mike berkata...

PKR harus merendah diri dan mengaku bahawa mereka lemah di sabah dan harus bersedia melakukan rombakan untuk memulihkan PKR sabah..bukannya menutup kelemahan sendiri dengan menyalahkan pihak lain.

mike berkata...

apa pun, kita tunggu dan lihat sejauh mana PKR sabah dapat bertahan.

Mohd Ishak berkata...

Mengapa Pajudin keluar PKR? Ia disebabkan ahli PKR yang lain tidak memberi sokongan kepadanya serta enggan menghadiri persidangan yang diadakan.

Sanih Alias berkata...

Sebab DSAI adalah ketua yang tidak adil dengan ahlinya. Itulah sebab kenapa Pajudin keluar parti. Kita tengok sendiri, siapa yang kena jerat.

Hamdan Hadillah berkata...

Semua ini cuma cara PKR untuk melindungi kelemahan yang terjadi dengan PKR sekarang. Segara membuat cerita ini supaya rakyat tidak menumpukan dengan parti PKR.

Unknown berkata...

Adakah PKR akan menjadi lemah??Jerat siapa yang kena nanti. Adakah PKR atau BN di Sabah?Kita memang tahu mereka 3A PKR ini adalah orang yang gila dengan kuasa. Anwar, Azmin dan Azizah. Mereka mahu menjadikan ahli sebagai boneka untuk mereka pergunakan ditempat yang mereka mahukan. Tapi Pajudin telah sedar dengan rancangan 3A dan dia pun keluar dari PKR dan menyertai BN Sabah.

Hosie Masie berkata...

Tidak mustahil PKr bukan untuk Sabah pada masa akan datang. PKR tidak layak dengan perjuangan yang mereka berikan kepada Sabah.

Tanpa Nama berkata...

bukan umno yang masuk jerat PKR, sebaliknya PKR yang masuk jerat sendiri. semua rakyat telah sedia maklum bahawa PKR semakin lemah. oleh itu apa sahaja isu akan diputar belit untuk mengalihkan pandangan negatif rakyat terhadap PKR kepada parti lain. hanya itu yang mampu dilakukan oleh PKR sekarang untuk meraih simpati dari rakyat.

Tanpa Nama berkata...

walau apapun usaha PKR bagi mendapatkan semula kepercayaan rakyat dengan menggunakan isu ahli mereka yang keluar parti, impaknya tetap kepada PKR, bukannya pemimpin yang keluar mahupun parti yang dituju (umno).

Nemia berkata...

PKR is talking BS.

onong berkata...

Ataupun PKR yang mati kebuluran?

wake berkata...

Funny indeed.

Velove berkata...

Tolongla jangan kaitkan hal yang langsung tidak relevan dalam perjuangan politik.

Ezef berkata...

Indeed hilarious.

Paquin berkata...

PKR jugalah paling hebat kalau bab memutar cerita. hahhaha

Paquin berkata...

Sepatutnya PKR sedar dan perbaiki kelemahan mereka. Bukannya tunding jari ke arah pihak lain pula.

Paquin berkata...

Ya elia. Pasti Pajuddin ada alasan yg munasabah, namun biasalah politik takkan terlepas dari hasad dengki. Sebab tu lah ada saya ketidakpuasan hati yang timbul.

Paquin berkata...

Semakin banyak PKR membuat kenyataan utk mempertahankan parti mereka, maka makin banyak jugalah kelemahan yang timbul. Jadi ada baikknya juga PKR berehat:P

Paquin berkata...

Apapun, pandai2lah rakyat membuat penilaian. Saya yakin rakyat tahu apa yang terbaik utk mereka.