Rabu, 2 Februari 2011

Tiada Kerjasama PAS, Umno Walau Disaran Agong


TVS.COM

PETALING JAYA : Ahli parlimen Shah Alam, Khalid samad menegaskan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak akan sama sekali membentuk kerajaan perpaduan, walaupun disarakan berbuat demikian oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Khalid, bekerjasama dengan Umno seolah-olah menunjukkan PAS bergabung dengan parti yang tidak mengendahkan ajaran Islam.

“Saya memberi jaminan bahawa PAS tidak akan menyertai Umno-Barisan Nasional meskipun dipelawa oleh Agong,” kata beliau ketika berucap pada pertemuan pertama program Jelajah Pemimpin 2011 anjuran PKR malam tadi.

Khalid merujuk kepada pertemuan 24 Disember lalu apabila Perdana Menteri, Najib Razak dan timbalannya telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, bergabung dengan Umno-BN juga umpama Umno dengan umat Islam yang berkunjung ke kelab-kelab malam untuk mengambil minuman keras.

Lantaran itu katanya, PAS memilih bersama Pakatan Rakyat yang berteraskan Islam dan mengutamakan keadilan dan kebenaran.

“Kami menerima Pakatan Rakyat kerana Umno sudah busuk hingga ke teras,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Pertemuan Nik Aziz dan Najib pada akhir tahun lalu menimbulkan pelbagai kontroversi sehingga timbul ura-ura PAS akan bergabung dengan Umno.

Menjelaskan hal itu, Nik Aziz berkata, beliau dikunjungi bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

Atas dasar menghormati titah Tuanku, beliau bersama-sama dengan Hadi ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, di ibu negara itu.

Namun menurut Nik Aziz, adalah tidak beradab untuk beliau menceritakan apa yang diperbualkan ketika mengadap ke bawah duli.

Tiada ulasan: