Jumaat, 25 Februari 2011

Suruhanjaya siasatan lantik bekas polis British sebagai pegawai penyiasat

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat dan mengenal pasti punca kematian Teoh Beng Hock, hari ini mengumumkan pelantikan bekas polis British Michael Leslie Squires sebagai pegawai penyiasat.

Setiausaha suruhanjaya itu Datuk Saripuddin Kasim berkata Squires diberi segala kuasa berhubung dengan penyiasatan polis yang diberikan kepada pegawai polis dalam mana-mana kes boleh tangkap di bawah Bab XIII Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).

Katanya bekas polis British itu juga diberi kuasa untuk mengeledah mana-mana premis dan mengambil milik apa-apa artikel atau dokumen berkaitan dengan siasatan kematian setiausaha politik Exco Selangor itu.

Saripuddin yang membuat pengumuman itu sebelum prosiding dimulakan, berkata Squires, 59, merupakan warganegara British dan menyertai British Police Service pada 1971.

Katanya, Squires telah berkhidmat sebagai detektif konstabel di bahagian siasatan jenayah Liverpool dan terlibat dengan penyiasatan kes dadah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada 1978

Tiada ulasan: