Khamis, 24 Februari 2011

Selangor Tawar 73% Usahawan Melayu Bumiputera Kontrak Melombong Pasir

Oleh Suara Keadilan

YS3

Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari berkata, seramai 73 % usahawan bumiputera telah ditawarkan kontrak dalam aktiviti melombong pasir sungai.

Tambah beliau, jumlah kontrak yang dikeluarkan bagi kegiatan melombong pasir sungai setakat tahun 2011 adalah sebanyak 41 dan penyertaan usahawan bumiputera meningkat iaitu sebanyak 30 kontraktor, 6 kontraktor Cina, 3 kontraktor India dan 2 kontraktor Orang Asli.

Manakala, usahawan Melayu Bumiputera juga meningkat dalam aktiviti pelombongan di atas tanah kerajaan Negeri. Seramai 43.75 % kontraktor Melayu bumiputera dilantik manakala kontraktor Cina yang layak sebanyak adalah 50%.

Dr Yaakob juga menjelaskan semua kontraktor yang ditawarkan dipilih melalui proses tender terbuka oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang merupakan anak syarikat milik kerajaan negeri.

KSSB hanya akan menawarkan kontrak kepada syarikat yang layak dengan memenuhi garis panduan serta syarat yang telah ditetapkan.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri sentiasa berusaha meningkatkan usahawan Melayu bumiputera dalam memperolehi kontrak-kontrak kerajaan khususnya dalam kegiatan melombong pasir.

Menurut YB Yaakob Sapari lagi, penubuhan KSSB jelas menunjukkan kerajaan negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat bersikap telus dan adil kepada semua pihak.

Ini amat berbeza dengan amalan kerajaan UMNO-BN dahulu yang jelas tidak telus dan bersikap pilih kasih.

Beliau menambah,jika zaman kerajaan UMNO-BN aktiviti melombong pasir sungai hanya ditawarkan kepada satu kontraktor sahaja bagi seluruh pasir sungai di negeri Selangor.

Tiada ulasan: