Jumaat, 25 Februari 2011

Sekolah Cina tolak akhbar Melayu percuma

MALAYSIA KINI

Akibat tekanan dan bantahan kumpulan pendidikan Cina dan parti pembangkan, sebuah sekolah rendah Cina di Kuantan menukar keputusannya untuk menerima akhbar percuma Utusan Malaysia.

utusan mahathir malay losing power 240910Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.

Pengerusi lembaga sekolah itu, Goh Kim Fah memberitahu Sin Chew Daily, sekolahnya pada asalnya memang mahu menerima akhbar percuma Utusan Malaysia yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta yang bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajarnya.

“Diakui, kami memang lalai dalam isu ini. Kami tidak mengkaji impak keputusan (untuk menerima sumbangan itu),” katanya.

Menurut Goh, pelajar tidak seperti orang dewasa tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya menurut pengkritik adalah berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita sebenar.

utusan article on free paper give to chinese school 200211 02Ini antara alasan lembaga itu menolak tajaan sumbangan tersebut.

Isu berkenaan timbul apabila Utusan Malaysia melaporkan syarikat hartanah Pasdec Holdings Berhad akan menaja 4,375 akhbar percuma kepada empat sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pahang.

12 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Ini sekadar bahan bacaan tambahan saja, bukan apapa bahan pengajaran yang wajib.

mandau berkata...

itu hak mereka untuk menolaknya, apapun, lebih baik jika mereka sediakan buku yang lebih bersikap ilmiah.

Jason berkata...

If they choose to not receive the free copies of Utusan Malaysia, so be it. It's their right. Nothing wrong with that. After all, it's only free copies of Utusan Malaysia.

azman berkata...

terpulang kepada mereka untuk menerimanya atau tidak. pekara ini tidak perlu dijadikan isu.

Jason berkata...

Would be better if its free copies of dewan masyarakat, kosmik ..etc.

Paquin berkata...

Hal ni pun boleh jadi isu. aduiii. Tolonglah jangan politikkan hal sebegini.

Paquin berkata...

Semoga perkara ini dapat ditanggani dengan baik.

Hosie Masie berkata...

Kalau ikut betul janganlah kita membawa politik kesekolah. Kerana kita tidak mahu sekolah menjadi tempat tujuan politik.

nickko berkata...

"Akibat tekanan dan bantahan kumpulan pendidikan Cina dan parti pembangkan,.."

hanya selepas ia dipolitikkan barulah pihak sekolah itu memutuskan untuk tidak menerima sumbangan itu. tahniah kepada pembangkang kerana berjaya memainkan peranan sebagai sebuah persatuan menghasut minda rakyat.

nickko berkata...

kalau ikutkan pembangkang yang suka menghasut dan membangkang, baik negara ini tidak mempunyai sekolah. atau mungkin hanya akhbar mereka sahaja yang layak diguna pakai di semua sekolah...

Tanpa Nama berkata...

Reading newspaper is not compulsory in the education system. The headmasters will chose the right sort of supplementary reading materials for their students.

Tanpa Nama berkata...

By the way, the students are still very young, they should read something else that is more suitable to their age.