Rabu, 2 Februari 2011

'Saksi pihak ketiga' untuk elak kematian dalam tahanan

Zaidatul Syreen Abdul Rashid

Bagi mencegah kematian dalam tahanan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan supaya 'saksi pihak ketiga' turut hadir semasa berlangsungnya sesi soal siasat di balai polis.

"(Saksi) mungkin, tetapi tidak semestinya, seorang peguam. Kehadirannya boleh mengikis dakwaan kekejaman berlaku terhadap tahanan," kata setiausaha agungnya, Datuk Dr Maamor Osman.

Saksi pihak ketiga ini, tambahnya, boleh memastikan tidak berlaku seksaan secara mental atau fizikal.

Kebelakangan ini, terdapat banyak laporan mengenai kekejaman polis sewaktu sesi soalsiasat, sehinggakan didakwa mengakibatkan kematian.

Dr Maamor juga menggesa polis memaklumkan kepada tahanan hak mereka, termasuk mendapatkan peguam atau ahli keluarga apabila ditangkap, kerana ramai tidak tahu apa harus dilakukan selepas ditahan, atau sesi soalsiasat tidak boleh melebihi lapan jam sehari.

Dia juga menyarankan agar pihak polis memasang televisyen litar tertutup di balai, terutama dalam bilik kurungan, bagi memantau keadaan tahanan supaya sebarang perbuatan ganas yang boleh menyebabkan kecederaan, dapat dipantau.

Tiada ulasan: