Rabu, 23 Februari 2011

Saiful Pengamal Hubungan Sejenis Kata Karpal

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Pengadu Saiful Bukhari adalah adalah seorang homoseksual atau mengamalkan hubungan sejenis berdasarkan calitan air mani individu berbeza yang dijumpai pada tubuh dan pakaian beliau.

Peguam Karpal Singh memberitahu Mahkamah Tinggi hanya rumusan itu sahaja yang boleh dibuat berdasarkan ujian DNA yang dijalankan oleh pakar forensik kerajaan Dr Seah Lay Hong.

Dr Seah enggan mengesahkan kesimpulan Karpal itu walaupun ditanya berulang kali.

Semalam, mahkamah diberitahu bahawa Dr Seah tidak mencatatkan keputusan sekurang-kurangnya lima hingga enam sampel DNA yang ada pada tubuh dan pakaian Saiful.

Dalam satu lagi kejutan, peguambela Sankara Nair mempersoalkan bagaimana dua sampel DNA Saiful dilabelkan sebagai diambil dua hari sebelum beliau membuat laporan polis ada 28 Jun 2008.

Sankara berkata, Dr Seah seharusnya telah membetulkan kesilapan itu dalam laporannya jika benar sampel Saiful hanya diambil selepas laporan polis dibuat, namun doktor itu tidak berbuat demikian.

"Anda tipu. Anda ada kesempatan (untuk mencatit percanggahan tarikh) tapi tidak berbuat demikian," kata Sankara kepada saksi itu.

Terdahulu, Karpal Singh membangkitkan kewujudan pelbagai DNA milik individu berlainan dalam dubur Saiful dan bertanya sama ada Saiful mengamalkan hubungan sejenis.

“Jika ada lebih daripada satu sampel, maka rumusan yang lojik adalah Saiful seorang homoseks,” kata Karpal.

“Saya tak boleh sahkan sama ada ya atau tidak,’ balas Dr Seah.

Dr Seah juga ditunjukkan borang pro-forma Hospital Kuala Lumpur yang mencatatkan Saiful mendakwa hanya ada cubaan meliwat terhadap beliau.

Berasaskan borang HKL itu, Dr Seah bersetuju harus tidak ada sebarang kesan air mani pada tubuh Saiful.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin, Dr Seah mengesahkan pencemaran pada sampel palitan B5 di kawasan sekitar dubur Saiful di mana disahkan kehadiran profil pengadu, lelaki Y dan seorang yang tidak dikenali.

Tiada ulasan: