Selasa, 1 Februari 2011

Rakaman CCTV bantu siasatan

SELANGOR KINI

SERDANG – Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan berhubung ancaman yang diterima Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching melalui sekeping nota putih bertulisan merah dan seekor ayam jantan yang disembelih, diletakkan di pejabat Pusat Perkhidmatan DAP, Taman Kajang Mewah 4, Sg Chua Kajang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden, Azman Ayob berkata, rakaman CCTV diperolehi dari kedai bersebelahan pejabat berkenaan dan penelitian sedang dijalankan bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan terhadap rakaman berkenaan terdapat dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kejadian berkenaan namun kedaaan rakaman yang kabur sedikit menyukarkan pengecaman.

“Namun kita akan minta kerjasama Unit Forensik bagi membantu mengenal pasti kedua-dua suspek berkenaan.”

Sebelumm ini polis telah memanggil dua saksi dan diambil keterangan bagi membantu polis menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Dua saksi telah dipanggil dan kita akan memanggil beberapa lagi saksi dalam masa terdekat.

“Sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan dibuat dan kita akan jalankan siasatan dari segenap aspek.

Pada 19 Januari lalu, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menerima nota ugutan terhadapnya bersama seekor ayam jantan yang telah disembelih.

Bimbang dengan keselamatan beliau dan ahli DAP yang lain, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang, kira-kira jam 11.30 pagi hari yang sama.

Tiada ulasan: