Jumaat, 18 Februari 2011

Pro-M UIAM menang 13 kerusi tanpa bertanding

SELANGOR KINI

KUALA LUMPUR – Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) telahpun memenangi tanpa bertanding 13 kerusi, termasuk merampas dua ‘kubu kuat’ pro-Aspirasi selepas penamaan calon ditutup hari ini.

Keputusan tersebut diumumkan oleh ketua jawatankuasa pemilihan, Fauzi Muda – yang juga pengetua Kolej Ali – di Galeri pameran kuliah senibina, UIA jam 3 petang tadi.

Dalam pilihan raya kampus tahun lalu, pro-M memenangi 17 daripada 24 kerusi fakulti yang dipertandingkan.

Bagi tahun ini, 26 kerusi yang dipertandingkan – bertambah dua kerusi baru di fakulti pendidikan, hasil desakan kumpulan tersebut sebelum ini.

Timbalan pengerusi pro-M, Ubaid Abd Akla berkata, enam daripada kerusi tersebut dimenangi di tiga kuliah, iaitu kejuruteraan (2), teknologi maklumat (2) dan kuliah alam bina (2) – kesemuanya di kampus induk di Gombak.

Manakala tujuh kerusi lagi dimenangi di empat kuliah di kampus cawangan UIA Kuantan – iaitu kuliah sains (2), farmasi (2), perubatan (2) dan pergigian (1).

Ubaid berkata, pro-M berjaya mempertahankan kubu kuat mereka tanpa bertanding di kuliah sains, farmasi dan perubatan.

Selain UIAM, lima lagi universiti akan mengadakan penamaan calon masing-masing esok, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.

Tiada ulasan: