Jumaat, 18 Februari 2011

POLIS TIDAK WAJAR TUTUP KES AKJAN

SABAH KINI

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Kementerian Dalam Negeri, untuk menyegerakan siasatan seorang ahli perniagaan dan juga merupakan bekas tahanan ISA, Datu Mohd Akjan Ali Muhammad yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu baru-baru ini.

Presiden PKR, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail memaklumkan bahawa perkara sebegini memerlukan tindakan segera kerana ianya melibatkan isu Kedaulatan nasional dan masalah keselamatan Negara.

“Kes ini sepatutnya dan seharusnya tidak di tutup kerana ianya seakan menggambarkan sistem dwistandard oleh Kerajaan Malaysia.

“Kementerian Dalam Negeri tidak seharusnya bertolak ansur mengenai kedaulatan nasional dan keselamatan tetapi mengambil tindakan sewajarnya secepat mungkin jika Akjan telah melanggar undang-undang,” beliau berkata dalam satu kenyataan, di sini.

Dr Wan Azizah mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang berada di Sabah baru-baru ini, dimana Datuk Wira Abu Seman menyatakan bahawa Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat Akjan sama ada dia melanggar undang-undang dan menyebabkan satu ancaman keselamatan bagi negara.

Abu Seman dipetik sebagai berkata bahawa isu kewarganegaraan (Akjan) tidak timbul seperti mana Kementerian Dalam Negeri difahamkan

“Dia mempunyai kewarganegaraan Malaysia, makanya dia rakyat Malaysia.” Dia berkata.

Sebagai respon, Dr Wan Azizah menyatakan, ianya kedengaran sangat ganjil di mana Akjan dikatakan memiliki dua kerakyatan. Bagaimana seseorang boleh menjadi warganegara Malaysia dan pada masa yang sama dilantik sebagai Sultan Sulu di belakang seperti Likas, Sabah?

“Rakyat Sabah dan semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui kebenaran berhubung dengan perkara ini," kata Dato' Seri Wan Azizah, yang juga merupakan Pengerusi Majlis Presiden PKR Sabah.

“Tambahan pula, sepertimana yang di lapurkan dalam buku tulisan Mutalib M.D. (IC Palsu) Akjan dikatakan sebagai seseorang memegang IC palsu. Malah perkara ini merupakan suatu perkara umum di kalangan rakyat Malaysia dan pihak berkuasa di Sabah.

“Jika itu benar, kes ini memerlukan siasatan lebih dalam. Jangan melangkau sesuatu yang sememangnya sudah dalam tangan. Dalam situasi ini, Kementerian Dalam Negeri seharusnya mengambil tindakan serius serta menyelidiki perkara itu dan memaklumkan kepada umum akan hasil siasatan,” beliau menegaskan lagi.

Dr Wan Azizah menyatakan bahawa mungkin Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamudin Hussein bergurau dengan mengatakan bahawa Projek IC tidak pernah wujud.

“Projek IC adalah merupakan suatu istilah lazim di Malaysia terutamanya di Sabah. Malah ada pendatang tanpa izin secara terang menyatakan mereka memperolehi kad pengenalan melalui Projek IC.”

“Jadi, apakah Menteri ini cuba untuk bermain si buta dan bodoh dalam menangani masalah sedemikian ?” beliau bertanya lagi.

Web Portal Sabahkini.net melaporkan bahawa beliau telah melantik dirinya sendiri sebagai ‘Kerajaan Sementara Sultan Sulu’ kerana Akjan di katakan sebagai salah seorang keturunan warisan Sultan Sulu, Sultan Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim

Ini adalah merupakan tuntutan ketiga yang telah di buat oleh beberapa kumpulan-kumpulan lain yang bersaingan dalam tempoh dua bulan.

‘Perdana Menteri’ Kerajaan sementara, Datu Albi Ahmad Julkarnain mengumumkan bahawa Akjan telah di lantik sebagai pemerintah yang ke 33 Kesultanan Sulu dalam satu istiadat yang diadakan pada 2 Februari 2011 selepas upacara mengangkat sumpah taat setianya dalam satu upacara persendirian di Kg Likas, Kota Kinabalu, Sabah

29 ulasan:

mandau berkata...

kes Akjan ini tk boleh dibiarkan, tindakan dia mengaku sebagai Sultan Sulu di Kg. Likas adalah tidak mematuhi undang2 dan kedaulatan negara kita.

Mohd Ishak berkata...

Siasatan kes Akjan mesti diteruskan.

mandau berkata...

mengenai kes ic palsu, ia perlu disiasat. kita tak boleh pemberian ic palsu terus berleluasa.

dave berkata...

Baru saja terbaca di free malaysia today bahawa Polis sudah ada cukup bukti untuk dakwa Akjan...harap2 perkara ini benar2 berlaku, & bukan saja Akjan yg patut didakwa, semua 60 orang pengikutnya jg patut didakwa sama...

perlu jg bagi pengajaran kepada pihak2 yg mahu lakukan perkara yg sama di Sabah...Ingatan kepada mereka yg perkara begini bukannya suatu perkara yg boleh mereka lakukan sesuka hati...

negara ini ada undang2, ada kedaulatan sendiri & bukannya negara koboi....

Jason berkata...

Memang tidak wajar utuk polis tutup kes akjan begitu sahaja. Siasatan harus diteruskan.

Tanpa Nama berkata...

kes ini sememangnya disiasat oleh pihak polis...tindakan wajar dikenakan terhadap Akjan.

Tanpa Nama berkata...

selain Akjan, pengikut-pengikut beliau juga patut dikenakan tindakan.

elia berkata...

Jangan bercakap tanpa ulasan yang sahih. Polis tidak pernah menyatakan untuk menutup kes ini. Siapa yang berkata demikian? Mana satu polis?

elia berkata...

Tidak tahu dari mana penulis ini dapat maklumat. Jangan2 dia juga pengikut Akjan.

Hamdan Hadillah berkata...

Siapa yang cakap kes ini ditutup. Pandai-pandai saja pembangkang ini. Pihak berkuasa telah berusaha untuk megumpul maklumat. Jadi kita tunggu tindakkan seterusnya. KM Sabah tidak mahu ikut campur dalam hal ini. Biar pihak berkuasa yang menjalankan tugas mereka.

Sanih Alias berkata...

Kes sebegini sememangnya tidak boleh dibiarkan. Ini berkaitan perlambagaan kita. Semoga pihak tertentu dapat melakukan sesuatu untuk menahan Akjan.

mike berkata...

polis tidka pun mengatakan akan menutup kes ini bahkan akan mengambil tindakan susulan.

mike berkata...

PKR tidak seharusnya menimbulkan spekulasi seperti ini yang akan menjejaskan siasatan..

mike berkata...

UPKO menyarankan agar SSD ditubuhkan bagi menyelesaikan isu imegresen di sabah..saranan ini harus dipertimbangkan sewajarnya dan bukannya ditolak mentah2.

mike berkata...

isu dua kewarganegaraan harus disiasat..agak menghairankan bagaimana Akjan memiliki dua kewarganegaraan..

mike berkata...

isu kedaulatan negara harus diberikan keutamaan kerajaan..demikian juga isu IC palsu, IMM13 dan PATI di sabah..ianya berkait rapat dengan kedaulatan negara..makanya KDN harus bertindak sekarang dan bersikap lebih berani dengan menembusi kekangan politik.

Paquin berkata...

Kes ni tak boleh ditutup begitu saja. Nanti orang luar anggap Sabah ni takda undang2 pula. huhu

Paquin berkata...

Sudah lah memiliki dua taraf kewarganegaraan, masih lagi mahu ditabilkan sebagai sultan di Sulu di kawasan Sabah. Kalau ditabalkan di tempat asal lain lah cerita, ini....

Paquin berkata...

Jadi bukankah hal ini sangat mencurigakan. Tengok sekarang ramai yang tak puas hati dan buat laporan polis pasal dia. Siapa suruh cari pasal.

Paquin berkata...

Saya betul2 harap Akjan dan pengikutnya dikenakan hukuman setimpal.

Paquin berkata...

Apapun, saya yakin pihak berkuasa pasti akan meneruskan siasatan terhadap kes ni sehingga selesai:)

nickko berkata...

mana sumber yang mengatakan polis akan menutup kes Akjan? jangankan polis, umno Sabah sendiri mencadangkan agar kerajaan mengambil tindakan terhadap beliau.

nickko berkata...

eloklah kita tunggu perkembangan kes ini dari pihak polis, bukan dari pembangkang. pembangkang tidak tahu apa2 kerana mereka lebih suka menghukum dahulu siasat kemudian. isu ini tentunya akan menjadi kontroversi jika pihak berkuasa melakukan tindakan yang benar2 bertentangan dengan kehendak semua pihak.

onong berkata...

Bila pula polis ingin menutup kes ini?

Nemia berkata...

I never heard anything like this before.

Velove berkata...

Akjan telah keluar UMNO.

wake berkata...

Akjan: I was never crowned as Sulu Sultan

KOTA KINABALU: A businessman in the centre of an uproar regarding his alleged proclamation as the Sultan of Sulu, has denied he was crowned the ruler of the island province in the Philippines.

Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad who claimed to be a longtime Umno member also announced he was quitting the party.

In his first official statement since the controversy erupted two weeks ago, Mohd Akjan said the event at his house in Kampung Likas here on Feb 2 was a majlis doa selamat dan kesyukuran (a thanksgiving gathering to show gratitude to Allah) after he agreed to accept an offer from the so-called Sulu interim government to be the 33rd Ruler of the Sultanate.


Mohd Akjan is said to be a direct descendant of the last reigning Sultan of Sulu Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim.

The businessman had reportedly taken the name Sultan Shariful-Hashim II.

Mohd Akjan said that prior to the event, he had briefed the police special branch officers in Kota Kinabalu on what was going to happen that day.

“In fact, I invited them to attend and witness the ceremony but they said there was no need to do so since I had briefed them on it,” he added.

Mohd Akjan said the recent media attacks and police reports against him were politically- motivated and malicious, which also led to his entire family, including his children, to be picked up and investigated by the police.

As Mohd Akjan moved to clear the air over the controversy, his close aides lodged a police report for alleged slander against him to counter reports that had been made over his alleged installation as the Sulu Sultan.

Mohd Akjan said he was born in Kampung Limau Limaun in northern Kudat and is a Malaysian.

“If I accept the Sultan of Sulu position in November, I will have to give up my Malaysian citizenship. I have not gone crazy as claimed by some of my critics. I am fully aware of what I am doing,” he added.

With his resignation from Umno, he said there was no need for anyone to bring the issue up with the party’s supreme council.

“It is the one and only political party I have been with for over two decades. I have reached a point of no return and I am sad to leave,” he said.

Ezef berkata...

I don't think this case will take any longer.

Hinamori berkata...

I think closed the Akjan case not the best solution. The police need to investigate more detail.