Selasa, 15 Februari 2011

Permohonan Badrul cabar Speaker DUN Selangor didengar Khamis

TERKINI
BERNAMA

SHAH ALAM– Mahkamah Tinggi Shah Alam akan mendengar permohonan Badrul Hisham Abdullah (gambar) yang mencabar keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor berhubung status kerusi Pelabuhan Klang Khamis ini.

Kontroversi DUN Pelabuhan Klang timbul setelah Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 16 Januari, dengan mengatakan Badrul Hisham gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Bagaimanapun, pada 24 Januari, Badrul Hisham memfailkan saman memohon pengisytiharan bahawa beliau masih ADUN yang rasmi untuk kawasan pilihan raya tersebut dan sehubungan itu, beliau berhak menghadiri semua persidangan DUN.

Tiada ulasan: