Sabtu, 5 Februari 2011

Perkhidmatan Tren KTMB Hampir Pulih, Hanya Tiga Perkhidmatan Dibatalkan

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sektor selatan dan timur yang terganggu sejak 30 Jan lalu akibat bencana banjir hampir pulih pada Sabtu.

KTMB dalam satu kenyataan hari ini berkata hanya terdapat tiga perkhidmatan yang dibatalkan iaitu Ekspres Sinaran Timur (No.14) Singapura-Tumpat, shuttle (No.61) Gemas-Singapura dan shuttle (No.92) Singapura-Kuala Lipis.

"Perkhidmatan-perkhidmatan ekspres dan shuttle yang lain adalah beroperasi seperti biasa," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, KTMB menjangkakan akan berlaku kelewatan pada ketibaan dan berlepas disebabkan keperluan untuk memperlahankan tren di kawasan-kawasan yang baru siap dibaik pulih, menurut kenyataan itu.

Untuk pertanyaan dan makluman lanjut, orang ramai boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 1-300-88-5862.

Tiada ulasan: