Rabu, 9 Februari 2011

PERKASA Gagalkan Model Ekonomi Najib, kata anggota NEAC

TVS NEWS


KUALA LUMPUR: Seorang pakar ekonomi melahirkan rasa kesal dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana tunduk kepada ugutan dan tuntutan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), sehingga gagal melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan menerusi Model Baru Ekonomi.

Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) Zainal Aznam Mohd Yusuf mendedahkan banyak daripada cadangan majlis itu ketika menggubal dasar-dasar untuk mengisi Model Baru Ekonomi tidak dilaksanakan kerana kerajaan tunduk kepada tekanan Perkasa.

Antara lain, konsep keadilan dalam pengagihan peluang ekonomi yang dijanjikan oleh Najib tinggal sebagai dokumen kabur kerana Perkasa dan kumpulan pelampau lain begitu lantang menolak perlupusan 30 peratus pegangan ekuti bumiputera.

"(Cadangan ini) dibelasah dan dicarut oleh kumpulan sayap kanan yang diketuai oleh PERKASA. Mereka mahu membakar fasa satu MBE.PERKASA berkata kita tidak mempunyai roh Melayu," kata Zainal pada sebuah forum di Kuala Lumpur.

Bantahan kuat Perkasa ke atas fasa pertama Dasar Model Baru Ekonomi menyaksikan intipati dasar itu untuk fasa seterusnya menjadi semakin rapuh, kata beliau.

Zainal menegaskan tindakan kerajaan untuk akur kepada tuntutan kumpulan kanan itu menunjukkan jemaah menteri pimpinan Najib gagal memgharungi ujian untuk melaksanakan pembaharuan demi kepentingan negara.

"Ini adalah ujian litmus bagi kerajaan (namun), saya terpaksa berkata bahawa (kerajaan) tidak ada iltizam atau keyakinan politik untuk berbuat demikian," tegas beliau.

Zainal yang dikenali sebagai perunding ekonomi yang dihormati dan sering muncul dalam stesen telivisyen serta media arus perdana, berkata beliau keberatan untuk menerima jemputan kerajaan menyertai NEAC apabila ia ditubuhkan pada tahun lalu.

"Saya ragu-ragu sertai NEAC... Saya mempunyai keraguan serius setakat mana kerajaan BN sanggup melakukannya ( untuk pembaharuan ekonomi). Zainal berkata banyak cadangan yang dikemukakan oleh panel NEAC samada di tolak atau di pinda dalam dokumen MBE pertama yang diterbitkan oleh kerajaan," katanya.

Tiada ulasan: