Khamis, 24 Februari 2011

Penjenamaan Semula Unisel Tiada Agenda Tersembunyi

TVS NEWS


SHAH ALAM : Kerajaan Negeri menafikan dakwaan penukaran nama Universiti Industri Selangor kepada Universiti Selangor (UNISEL) mempunyai agenda tersembunyi dan hanya untuk menguntungkan kroni.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, penukaran nama ini tidak melibatkan sebarang projek dan kroni memandangkan beliau juga antara ahli Lembaga Pengarah Unisel.

"Saya tiada kroni. Saya juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah. Saya pun hairan, sekiranya beliau berminat kerana ketelusan, kita juga ingin belajar cara sepatutnya kita lakukan," katanya di sidang media hari ini.

Ujar Khalid, penukaran nama Unisel selaras dengan agenda Selangor dan pembangunan negeri sehingga tahun 2020.

"Dalam agenda itu, kita bukan sahaja menumpukan kepada industri,tetapi kita juga menumpukan keapda aspek perkhidmatan yang merupakan memberikan sumbangan melebihi 30 peratus keluaran dalam negeri kasar.

Subjek-subjek yang diajar ada kaitan dengan aspek perkhidmatan seperti pelancongan, fotografi, seni dan lakaran. Oleh sebab itu, nama yang ada hanya mengambilkira pembangunan yang ada sekarang," katanya.

Sebelum ini Setiausaha MIC, K.R Parthiban mendakwa tindakan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menukar nama Universiti Industri Selangor (Unisel) kepada Universiti Selangor tidak mendatangkan manfaat kepada pelajar dan univerisiti.

Tiada ulasan: