Khamis, 10 Februari 2011

Penjawat Awam Dinafi Kenaikkan Gaji, Cuepacs Tuntut Perhatian Kerajaan

TVS NEWS



KUALA LUMPUR : Beratus penjawat awam dinafikan hak apabila Biro Tata Negara(BTN) menghentikan kursus yang menjadi syarat wajib bagi mereka untuk menikmati kenaikkan gaji setelah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), tahun lalu.

Mengulas perkara ini, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam(Cuepacs), Datuk Omar Osman berharap agar isu ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak jabatan dan juga kerajaan.

"Yang mana lulus PTK dalam 2010 sepatutnya dalam 2010 itu kalau berlaku peluang-peluang kenaikan pangkat berasaskan PTK patut diambil kira. Ini pada tahun 2011 ini makna PTK itu tidak lagi digunakan dalam sistem kenaikan pangkat.

"Walau bagaimanapun ini tertakluk pada setiap jabatan sementara menunggu sistem penilaian yang baru, yang akan bermula Julai 2011, PTK yang telah lulus ini, Ceupacs punya pandangan kalau ada berlaku kenaikan pangkat pada tahun 2011 sehingga bulan 6 ini, wajarlah diberi perhatian,"katanya.

Berkenaan tindakan kerajaan yang memansuhkan sistem ini tanpa menggantikan dengan satu sistem yang baru, Omar meluahkan kekecewaannya.

"Pemansuhan PTK yang mana telah diputuskan kerajaan memangnya kita bersetuju, cuma sistem yang baru yang mungkin tertangguh sekarang ini, kita berharap sebelum bulan Jun 2011 sistem baru ini dapat diumumkan agar nanti pada bulan Julai semua penjawat akan dapat kerja dibawah satu sistem penilaian yang baru," jelasnya.

Demi memastikan nasib penjawat awam ini terbela sewajarnya, Ceupacs akan berbincang dengan pihak kerajaan agar satu kaedah penyelesaian dapat diputuskan.

"Kita belum berbincang lagi dengan JPA, jadi kita akan bawa bincang peringkat kita dulu pada mesyuarat minggu hadapan dan kita akan tengok kalau kita ikut dengan jelas dimana PTK dimansuhkan. Cuma sekarang ini permasalahannya yang telah lulus PTK pada tahun 2010, dan ada juga yang telah dapat keputusan pada 2011 ini, ini yang mereka pertikaikan dari segi nasib mereka".

Satu mesyuarat dalam Ceupacs akan dilakukan pada 16 dan 17 Februari ini untuk membincangkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini.

Tiada ulasan: