Khamis, 24 Februari 2011

Penindasan, Ketidakadilan Pilihan Raya Kampus Menjatuhkan Taraf Demokasi

Oleh Suara Keadilan

suaram1SUARAM berasa amat tidak puas hati terhadap pihak universiti yang gagal memastikan pilihan raya kampus dilangsungkan dengan lancar dan adil serta memastikan keselamatan calon dan mahasiswa dijamin.

Pilihan raya dalam pilihan raya kampus. Setiap kali apabila langsungnya pilihanraya maka akan wujud isu penindasan dan ketidakadilan dalam proses tersebut malah pihak universiti bukan sahaja tidak mengambil tindakan serius untuk menyelesaikan isu tersebut tetapi menbenarkan ia berlaku dalam kampus dan pihak universiti dilihat lebih memihak kepada kumpulan mahasiswa yang pro-Aspirasi.

SUARAM amat kecewa terhadap institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang bukan sahaja tidak menegakkan demokrasi kampus malahan dikawal oleh pihak pemerintah Barisan Nasional.

SUARAM ingin menuntut penjelasan dari pihak Universiti mengenai tindakan yang diambil untuk menangani isu-isu penindasan dan ketidakadilan yang kian berlaku dalam kampus terutama kampus Universiti Malaya(UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Terutamanya kes kehilangan calon Pro-M iaitu Mastura Abu Bakar yang berlaku pada 20 Februari dan ditemui pada waktu tengah malam di Bangi dan kebakaran kain rentang yang berlaku di kampus UM serta USM.

Kami berpendapat bahawa pilihan raya sepatutnya dikendalikan dengan bebas,adil dan telus .Autoriti mahasiswa dan kampus demokrasi perlu ditegakkan dengan tiadanya campur tangan politik dalam pentadbiran kampus .Isu –isu yang berlaku dalam pilihanraya kampus akan menjatuhkan kualiti dan kedudukan IPTA malah ia menunjukkan taraf demokrasi kampus yang masih tersekat dan dikawal oleh pihak kerajaan pemerintahan.


Yap Heng Lung
Penyelaras SUARAM

Tiada ulasan: