Jumaat, 18 Februari 2011

Pelajar Sekolah Dibuli

Staff Berita Semasa



kes buli di sekolah211 [Video] Pelajar Sekolah Dibuli
Hari ini, kami ada video menarik yang ingin kami kongsikan dengan anda iaitu video pelajar sekolah berbangsa India yang dibuli oleh pelajar bangsa melayu.

Kalau nak diikutkan, budaya rasis pelajar melayu terhadap kaum lain telah lama bersarang dalam institusi pendidikan.Cuma, pendeddahan mengenainya sahaja yang tida meluas.Yang banyak kita dengar, kes buli pelajar sekolah akibat perasan tidak puash hati di antara “junior” dan “senior”. Ada juga yang sampai melibatkan kematian.

Adakah perkara ini hanya bersifat kes terpencil bagi pihak sekolah? Perkara seperti ini telah wujud berpuluh tahun dahulu.Dan sekiranya pelajar-pelajar sekolah ini tidak diterapkan nilai-nilai harmoni dalam memelihara keutuhan persahabatan di anatra kaum-kaum lain di Malaysia, nescaya ianya bakal menjadi virus dalam ketegangan kaum suatu hari nanti.

Selepas ini, video ini juga pastinya menjadi mainan serta isu politik, yang akhirnya membuatkan situasi politik menjadi lebih celaru. Ini yang kami risaukan. Pasal Interlok pun belum habis, timbul pula video-video sebegini. Penerapan jatidiri dalam setiap pelajar sekolah untuk memelihara keharmonian kaum semakin lama semakin dipinggirkan. Fundementalnya ada, cuma pelaksanaannya semakin kurang berkesan.

Kepada siapa kita nak salahkan? Mak dan ayah? Guru? Kementerian pendidikan? Masing-masing akan tunding jari di antara satu sama lain.Episod yang sama berulang.Cuma pembawa wataknya sahaja yang berubah.Sampai bila? Kami sendiri tidak pasti.Bagi kami, ianya satu isu sosial yang besar dan perlu diselesaikan dengan cara yang berhemah. Ini merupakan satu isu yang baik untuk dibincang bersama.

Tiada ulasan: