Rabu, 16 Februari 2011

Pejabat MB Akan Maklumkan Angkat Sumpah Khusrin

Ditulis oleh Nor Azarina

SHAH ALAM : Pejabat Menteri Besar Selangor akan memaklumkan tarikh angkat sumpah simpan rahsia Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamad Khusrin Munawi dihadapan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam masa terdekat.

Namun menurut Menteri Besar itu, apa yang penting ialah pelaksanaan tugasan untuk merealisasikan hasrat keranjaan negeri dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat. "Saya akan bagi tarikhnya kemudian apabila semuanya selesai, apa yang penting buat masa ini ialah proses pengurusan dalam memberi produktiviti, perhubungan dan tanggungjawab terbaik dalam pengurusan," katanya.

Khalid juga menegaskan bahawa apabila tiba waktu untuk membuat keputusan, pegawai kerajaan dan kerajaan persekutuan tidak patut masuk campur kerana itu merupakan undang-undang asas dalam pengurusan.

"Oleh sebab itu, saya sering mengingatkan pegawai kerajaan dan kerajaan persekutuan supaya tidak patut masuk campur kerana itu merupakan undang-undang asas dalam pengurusan,"katanya.

Mengulas prestasi kerja dan kerjasama yang diberikan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu terhadap tugas barunya, Khalid menjelaskan prestasi perkhidmatannya setakat ini bagus.

Tiada ulasan: