Selasa, 8 Februari 2011

PAS tiada calon besar di Merlimau

Jika tidak ada calon besar peluang PAS menang adalah tipis.



MERLIMAU: Peluang PAS menang di Merlimau tipis kerana parti itu tidak mempunyai calon besar untuk bertanding dengan Barisan Nasional (BN), kata seorang pemimpin PKR Melaka.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, jika mahu calon besar, PAS terpaksa mengimport calon dari tempat lain.

“Sedangkan faktor calon boleh menjadi penentu dalam mana-mana pilihanraya terutama untuk piilihan raya kecil ini.

“Jika membawa calon luar dan mengenepikan orang tempatan juga berisiko besar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, mesyuarat Pakatan Rakyat memutuskan PAS akan bertanding kerusi DUN Merlimau yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

Kata pemimpin PKR berkenaan, jika tidak ada calon besar peluang PAS menang berada dalam keadaan sukar dan hampir mustahil.

“Tetapi saya berharap PAS akan dapat mencari seorang calon besar untuk kerusi Tenang. Saya tidak mahu kalah lebih besar dari pilihan raya umum 2008,” tambahnya.

Dalam pilihanraya tersebut, calon PAS Jasme Tompang kalah kepada Datuk Mohamad Hidzir Abu Hassan dengan majoriti 2,154 undi.

Mohd Hidzir meninggal dunia 20 Januari lalu akibat sakit jantung.

Pengarah Pilihanraya PKR Melaka, Mohd Yusof Abdullah ketika dihubungi hari ini menjelaskan pihaknya akan bekerja kuat untuk memastikan calon PAS menang.

“Kita menghormati keputusan Pakatan Rakyat memilih PAS bertanding di Merlimau. Jentera pilihanraya PKR telah bersedia untuk Merlimau,” tambahnya

Tiada ulasan: