Ahad, 27 Februari 2011

Obama: Gaddafi perlu ‘lepas jawatan sekarang’

Reuters

WASHINGTON — Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mengadakan perbualan dengan Canselor Jerman Angela Merkel semalam mahu pemimpin Libya Muammar Gaddafi melepaskan jawatannya dengan segera — “sekarang”.

“Presiden telah menegaskan perkara ini apabila seorang pemimpin hanya mahu kekal berkuasa dengan menggunakan kekerasan ke atas rakyatnya sendiri, dia sudah hilang legitimasi untuk memerintah dan perlu melakukan yang terbaik bagi negaranya dengan melepaskan jawatannya sekarang,” kata White House dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini mengenai perbualan Merkel dan Obama.

Ia juga berkata Obama (gambar) dan Merkel mengulangi sokongan mereka kepada rakyat Libya dan bersetuju bahawa “Muammar mesti ditanggungjawabkan kepada apa yang terjadi” setakat ini.

Dalam pada itu, bekas menteri kehakiman Libya Mustafa Mohamed Abud Ajleil mengumumkan beliau akan mengetuai sebuah kerajaan sementara yang berpangkalan di bandar raya Benghazi.

Menurut edisi online akhbar Quryna, Mustafa menegaskan bahawa Muammar “sendiri” perlu bertanggungjawab ke atas jenayah di negaranya.

“Mustafa menggesa diadakan perpaduan di wilayah tempat lahirnya dan Libya sudah bebas dan ibu negaranya ialah Tripoli,” lapor Quryna memetik Mustafa.

Tiada ulasan: