Rabu, 2 Februari 2011

Mesir: Jais, LZS buka bilik operasi 24 jam

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menubuhkan Bilik Operasi 24 jam yang membolehkan ibu bapa dan keluarga pelajar Malaysia di Mesir mendapatkan maklumat mutakhir mengenai keadaan pelajar di negara tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri, Dr Halimah Ali, berkata bilik operasi itu boleh dihubungi di talian 03-55143520/3534/3538/3539/3576 mulai pukul 8.30 pagi esok.

“Pertubuhan sukarela Briged Amal Selangor dan Yayasan Amal Selangor telah diarah untuk menyediakan tenaga pembantu bagi membantu Bilik Gerakan yang beroperasi 24 jam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya kerajaan negeri juga mengarahkan semua masjid di Selangor untuk mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan rakyat Selangor dan Malaysia di Mesir.

Dr Halimah berkata kerajaan negeri melalui LZS akan menghantar peruntukan kewangan bagi menampung keperluan urusan harian pelajar di Mesir.

Tiada ulasan: