Sabtu, 5 Februari 2011

Lucu. Pelajar Malaysia Dipindahkan Setelah Protes Berakhir?

KELAB GREENBOC

M
eskipun demonstrasi di Mesir semalam disebut sebagai Hari Pengunduran - hari terakhir untuk rakyat Mesir memprotes Presiden Hosni Mubarak, kerajaan Malaysia masih enggan untuk mengakui KELEMBAPAN di dalam membuat keputusan memindahkan para pelajar kita di Mesir.

Dilaporkan setakat tengah malam tadi waktu tempatan (kira-kira jam 6 pagi ini waktu Malaysia) seramai 3,600 rakyat Malaysia, terutama pelajar di Mesir sudah dibawa keluar dari Kaherah dan Iskandariah ke Jeddah, Arab Saudi menerusi 10 penerbangan.

Jumlah tersebut merupakan hanya 30% dari jumlah 11,000 para pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir. Jika dicampurkan dengan yang bukan-pelajar jumlahnya 14,000. Bererti peratus yang dibawa keluar

Bernama melaporkan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kecewa dengan tuduhan bahawa kerajaan lewat membawa keluar rakyat Malaysia sedangkan Wisma Putra sudah memohon hak pendaratan sebelum situasi keselamatan di Mesir meruncing, tetapi ditolak pihak berkuasa negara berkenaan dengan alasan Kerajaan Mesir mampu mengawal keadaan.

“Hanya bila tahap merah, Mesir baru beri hak pendaratan, malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga baru nak bawa keluar kakitangannya semalam (kelmarin). Amerika Syarikat juga berbuat demikian semalam (kelmarin),” katanya.

Hanya bila tahap merah baru kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar hendak berusaha keluarkan pelajar-pelajarnya!

Kita telah mempersoalkan sebelum ini mengapa missi tersebut tidak dimulakan lebih awal iaitu hari sebelum protes bermula sedangkan laporan mengenainya sudah tersebar luas di media massa anatarabangsa sejak protes telah tercetus di Tunisia lagi?

Malah Perdana Menteri, DS Mohd Najib sendiri dilihat lembab di dalam membuat keputusan, guna kapal laut atau udara, itupun demonstrasi sudah berjalan 5 hari, dan negara-negara China, Indonesia dan lain-lain telah berjaya mengeluarkan pelajar-pelajar mereka sebelum protes bermula lagi.

Peliknya, Malaysia terpaksa menghantar Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay untuk MENYIASAT terlebih dahulu keadaan di Mesir. Apa gunanya Kedutaan Malaysia di Mesir?

Sindrom penafian yang diambil oleh Menteri Luar tersebut amat dikesali.

Sepatutnya beliau dan kerajaan Malaysia meminta maaf di atas kelalaian dan kelewatan tetapi sebaliknya menyalahkan orang lain disamping mempertahankan incompetency di pihak mereka.

Perbaikilah kelemahan, bukan mempertahankannya.

Malah lebih mendukacitakan Anifah mempersalahkan blogger pula. GB sudah ulas hal tersebut di SINI.






1 ulasan:

joecharlie berkata...

ISLAM KONON... PIIIIRAAAAHHH... CAKAP AJERLAH BERTERUS-TERANG YANG HANGPA SOKONG ZIONIS ISRAEL!!!!
Author: CUCU TOK WAN | Posted at: 4:00 PM | |
Apabila 'kebangkitan rakyat' berlaku di Tunisia, puak-puak PAS di Malaysia begitu seronok. Apabila 'kebangkitan rakyat' pula berlaku di Mesir, masing-masing mula bercakap juah tentang Islam, tentang Ikhwanul Muslimin, tentang penegakan undang-undang syariah, tentang penyelewengan dan kukubesi Hosni Mubarak dan sebagainya. Yang terlebih penting, mereka cuba mengaitkan apa yang berlaku di Mesir dengan apa yang sedang mereka lakukan di Malaysia.

Teori tentang kejatuhan negara-negara Arab itu akibat dalang berkulit putih yang beribupejabat di Washington DC, tidak diendahkan. Mereka terlalu seronok dengan teori mereka yang kerajaan zalim telah ditumbangkan oleh Allah Taala, walhal apa yang berlaku sebenarnya ialah, Allah Taala sedang memasukkan sebuah kerajaan yang jauh lebih zalim daripada kerajaan yang telah digulingkan.

Amerika Syarikat tidak lagi menyorokkan belang mereka terutama apabila melihat sokongan yang bertali arus terhadap tindakan mereka di Mesir, Tunisia dan beberapa buah negara Arab yang lain. Terbaru adalah sokongan '10,000' Melayu di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam yang konon-kononnya untuk menyerahkan memorandum bantahan, tetapi sebenarnya menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Amerika Syarikat dan Godfathernya, Zionis Israel.

Rakyat Mesir yang berjaya menggulingkan Hosni Mubarak kini perlu bersedia berhadapan dengan tindakan ganas ketenteraan oleh Amerika Syarikat yang akan diketuai oleh Frank G.Wisner III, Duta Amerika ke Mesir. Bapa Wisner adalah tukang perancang utama di sebalik penggulingan berdarah Perdana Menteri Iran Mohamed Mossadegh pada tahun 1953.

Seruan El Baradei agar tentera Amerika Syarikat masuk campur di Mesir, menambahkan keyakinan bahawa apa yang berlaku di Mesir sebenarnya adalah rencana teliti Amerika Syarikat yang ingin menguasai pasaran minyak dunia.

BERITA SELANJUTNYA DI UNSPINNERS

Ramai di Malaysia yang berharap penggulingan Hosni Mubarak Mesir merupakan usaha Islam. Dek kerana itulah mereka bersungguh-sungguh meraikan 'kejayaan' tersebut, sedangkan apa yang berlaku selepas ini, jauh lebih teruk berbanding penderitaan yang dialami oleh rakyat Mesir di bawah pentadbiran Hosni Mubarak.

Iraq kedua akan menyusul di Afrika Utara pula. Umat Islam yang baghal, bahlol dan bangang akan menang sorak tetapi tidak menyedari satu lagi wilayah Islam tergadai di tangan Amerika Syarikat yang sentiasa memastikan Zionis Israel akan terjaga.

Ikhwanul Muslimin Mesir sekadar boleh berangan-angan seperti mana Anwar Ibrahim dan PKR berangan-angan untuk menguasai Putrajaya.

PAS yang cuba menjadikan peristiwa di Mesir sebagai pengajaran utama kepada pemimpin Malaysia, barangkali sangat sedar bahawa mereka sedang menyokong Amerika Syarikat dan Zionis Israel tetapi memandangkan ia adalah sokongan yang membolehkan mereka menguasai Putrajaya, maka kepimpinan utama PAS menutup mulut dan membiarkan para propagandis mereka meracau-racau dengan cerita-cerita bahlol yang mengkhayalkan. ....Lu pikorlah sengili.